RESEPI

Mencuba Resepi Garlic Bread Homemade

Mencuba Resepi Garlic Bread Homemade

Mencuba Resepi Garlic Bread Homemade | Lama dah nak cuba buat garlic bread homemade ni.Puas hati kalau dapat buat sendiri kan? Kalau kat kedai takdelah dapat banyak mana pun.Dapat cicah dengan mushroom soup lagi la sedap.

Hujung minggu hari tu, sempatlah umi buat garlic bread ni.Sebab bahan kat rumah pun ada.Kalau sebelum ni nak buat, daun pasley tu asyik takde je.Kebetulan hari tu buat spaghetti carbonara, so umi beli lah sekali daun parsley tu.

Mudah je sebenarnya nak buat garlic bread ni kan? Cara mudah buat garlic bread ni korang boleh follow resepi kat bawah ni.

Kalau anak-anak umi suka makan gitu je, umi pulak suka kalau ada sekali mushroom soup tu.Jom follow resepi mudah nak buat garlic bread ni

CARA MUDAH BUAT GARLIC BREAD HOMEMADE SEDAP

Bahan-bahannya

  • Roti ( Tak kisah la roti apa )
  • Unsalted Butter ( umi guna apa yang ada je kat rumah)
  • 2 biji bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit daun pasley

Jom tengok cara membuatnya pulak.

Di dalam satu bekas kecil, masukkan 3 sudu butter, bawang putih yang di tumbuk dan daun pasley.Kacau rata .

Lepas tu, ambil roti yang di potong 3 atau 2.Ni ikutlah korang nak potong macam mana ye.Lepas tu sapu rata dekat roti depan dan belakang.

Barulah masukkan ke dalam oven atau Air Fyer.Umi guna air fyer je lebih mudah.

Masuk dalam Air fryer, setkan masa 10 -15 minit dengan suhu 180.Tengoklah korang nak garing macam mana roti tu.

Siap… Boleh la buat makan petang dengan anak-anak.Umi kalau ada Air Fryer ni mudah la nak buat semua tu.Kalau nak tenggek masak kat dapur tu, banyak pulak kerjanya..

Banyak resepi yang boleh dibuat dengan Air Fyer ni.Korang kalau nak tengok resepi menggunakan Air Fryer boleh refer ENTRY ni.Maka plan untuk Mencuba Resepi Garlic Bread Homemade berjaya..

Next time boleh buat lagi untuk bebudak ni

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(1) Comment

  1. Sedapnya garlic bread. Mudah je rupanya nak buat pun. bahan bahan pun tak banyak. Cicah mushroom soup sedap ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *