Mencuba Nasi Lemak Zus Coffee

Mencuba Nasi Lemak Zus Coffee | Actually malam tu umi ni hanya nak temankan babah nak minum kopi kononnya.Sekali terbeli juga secawan coffee dan ditambah pulak dengan nasi lemak dari Zus ni.

Memandangkan hari tu terperasan ada someone ni dia dah cuba nasi lemak dari Zus, dah alang-alang teringat tu kan, pau lah babah nasi lemak kat Zus ni.

Walaupun niat di hati memang taknak sentuh kopi malam tu, dek kerana babah dok cakap, jangan menyesal ye umi.Babah punya nanti tak boleh kongsi.Cepat-cepat je umi order walaupun umi tau babah main-main je tu.Dia bukanlah penggemar kopi sangat.Dia nak layankan bini dia je sebab dari hari tu nak minum kopi Zus ni, cuma masa je takde nak pi beli.

Dah alang-alang keluar, lepas tu dah puaskan hati anak-anak nak minum air ape ntah kat kedai baru di Kota Masai tu, kita singgahlah Zus.

Tapi tulah kan, niat tu terus dilupakan apabila bauan kopi menusuk di hidung umi tatkala menerpa masuk ke dalam cafe ni.Haish! kemain lagi ek ayat.

Alang-alang tu umi pau babah nasi lemak.Diorang kata, nasi lemak ni rasanya macam nasi lemak air asia.Umi tak pastilah sebab sepanjang umi hidup ni belum pernah naik kapal terbang.Kelakar kan.Tapi itulah hakikatnya.

Takpelah belum sampai masa kot nak naik kapal terbang.Kita tengok kapalterbang dari bawah ni pun dah oklah tu.

nasi lemak zus coffee

Kami tapau bawak balik memandangkan masa tu dah kenyang jadi sambung makan kat rumah.Umi tapau sekali dengan Vietnamese spanish latte dan juga ice buttercream spanish latte.Tapi umi suka lagi yang ni.

Ok kita cerita pulak dengan nasi lemak rendang ayam ni.Bagi umi biasa-biasa jelah.Ada rasa nasi yang berlemak dan juga rendang.Yelah, kalau nak dibandingkan dengan nasi yang dimasak segar takkan sama dengan nasi yang dah di packing macam ni ye dak.

Nasi lemak cukup sifat.Ada telur, sambal, ikan bilis goreng dan ayam rendang.Tak lupa juga kacang ye.Overall ok je.Kalau lapar, tu kenyang lah perut..hahah. don’t  expect too much about the taste okey!!

hahaha.Yang penting dah try.Jadi korang yang belum try tu, kalau nak try why not.Silakan sebab taste kita ni lain-lain.Tak sedap pada umi mungkin sedap pada tekak korang.Dan sedap pada umi, mungkin tak sedap pada tekak korang. Ye kan?

Jadi silalah mencuba sambil tu pi lepak minum kupi.Lama tak keluar dengan kawan-kawan, lepak-lepak, minum kopi..

Haish!! 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *