Memasak di hujung minggu paling best

Memasak di hujung minggu paling best

Memasak di hujung minggu paling best| Apa yang best sedangkan hari-hari memasak.Cuma bila hujung minggu tu, menu lainlah sikit.Takdelah campak-campak

Mestilah berbeza perasaan dan mood bila dapat memasak dihujung minggu bagi mak yang bekerja macam umi ni.Jadi mestilah memasak di hujung minggu paling best

Yelah, hujung minggu je masa yang banyak ada di rumah especially hari ahad la.Sebab jarang ahad tu umi keluar.Disebabkan Auni dan babah juga bekerja, jadi takdelah umi kemana-mana.

Masa pun banyak umi habiskan dengan aktiviti mengemas, membasuh, membersihkan segala apa yang tak bersih yang tak boleh umi buat pada hari biasa.

Waktu untuk sediakan menu tengahari pun banyak, jadi dapatlah sediakan menu yang bolehlah dikatakan best jugak??.

Dari malam semalam lagi umi plan nak masak ikan siakap tu.Tapi dok terfikir jugak nak masak apa gaknya ikan tu.

Menu ikan siakap 3 rasa, siakap kengsom dan siakap stim macam dah biasakan.

Jadi umi nak yang berkuah dan tak pedas.Maka terjadilah ikan siakap lemak cili merah?.Cili besar merah tu je umi guna.Sekdar cukup syarat je tu.

Kang kalau nampak merah menyala si Auni taknak makan pulak.Kita buatlah benda yang boleh dia makan.Biar umi tak cukup makan, janji anak-anak makan kenyang.

Selain dari menu tu umi gorengkan diorang ayam goreng guna tepung bestari je.Settle

siakap masak lemak cilipadi

Tambahan bendi dan terung umi rebuskan juga untuk umi.Plan nak buat sambal belacan, tapi malas pulak rasanya nak menumbuk.Last-last bagi lengkapkan kepedasan umi guna jelah sos korea yang umi beli hari tu.

settle untuk diri umi.

Nak ke resepi Siakap masak lemak cili api ni? Walaupun korang dah tau ataupun korang rasa ragu-ragu cara masaknya. Meh ler umi kopi paste je resepi dari cookpad.Malas nau umi nak menaip..hahaha

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK LEMAK CILI PADI

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap yang umi dah potong 3 ( umi guna 2 ekor ikan siakap)
  • 5 biji cili padi, 1 biji bawang besar dan 1 cm kunyit hidup korang blend bersama( umi guna kunyit serbuk je)
  • 2 batang serai( nak guna daun kunyit pun boleh gak)
  • 1 keping asam keping dan serbuk perasa
  • 1 kotak santan 

Cara-caranya

Masukkan bahan blend di dalam periuk dan masukkan sekali air dan santan.Masuk juga asam keping Kacau sehingga mendidih dan masukkan ikan.Perasakan dengan garam, Dah rasa semua cukup silalah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

 

Settle untuk juadah tengahari.Kang kalau petang kebulur kita panggil foodpanda jelah..hahahah

 

Loading

6 Comments

  1. Kalau Sis baca, takde gambarnya ikan siakap masak lemak tu, ke aku yang tak nampak, atau memang takde Eda? Hehehehehe

  2. sedapnya kekdaaaa! dah lama tak makan ikan masak lemak gini haa…tapi biasanya saya akan goreng dulu ikannya baru masukkan dalam kuah..tak tahu lah style mana hahahah

  3. Author

    baru letak sebab masa guna apps wordpress dia jadi lain.So, letak balik gambar guna pc..kah.kah

  4. Author

    ada orang yang goreng dulu.Nak buat malas nak menggoreng.masuk je sonang sekali..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *