Melancong Lebih Mudah dengan Perkhidmatan Dari eMedAsia

Melancong Lebih Mudah dengan Perkhidmatan Dari eMedAsia | Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan telah membuka sempadan Negara untuk rakyat melancong dan pelancong juga dibenarkan masuk ke Malaysia.

Boleh kita lihat kan bagaimana rancaknya mereka untuk keluar dan masuk ke dalam Negara tetapi dengan syarat-syarat yang perlu kita patuhi sebelum masuk atau keluar Negara.

Syarat-syarat ini kita perlu faham supaya tidak menganggu proses kita untuk memulakan perjalanan.Jadi takdelah nanti bila siap semua barang di pack, tiba di lapangan terbang, kita mempunyai masalah dalam proses yang telah ditentukan oleh Kerajaan sebelum kita berlepas.

Kerajaan telah memutuskan bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja yang boleh ke luar Negara. Jadi pastikan kita sudah lengkap di vaksinasi.

Melancong Lebih Mudah dengan Perkhidmatan Dari eMedAsia

Kerajaan juga telah memutuskan, mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap ini tidak perlu untuk menjalani kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesahan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag(profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Ada sesetengah mereka yang ingin keluar atau masuk ke Negara ni tidak boleh melakukan ujian ini di klinik-klinik luar dan hanya perlu buat di lapangan terbang sahaja.Tidak ya, korang boleh memilih mana-mana klinik yang membuat perkhidmatan ujian covid ni.

Tapi korang kena ingatlah, bila ramai sangat yang beratur di lapangan terbang untuk membuat test, ia akan menyebarkan lagi wabak ini apabila seseorang dijangkiti.

Kalau boleh kita taknak la kan menjadi salah seorang penyebar atau yang mendapat wabak ni. Mana yang kita boleh elak, perlu untuk dielakkan. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Oh ya, mudah je sekarang semua benda hanya di hujung jari sahaja termasuklah untuk mendapatkan ujian Covid ni. Tak perlu kita nak beratur panjang dan nak lagi memudahkan korang untuk mendapatkan Ujian pengesahan Covid-19. Umi ada satu website nak dikongsikan kepada semua, di mana ianya sangat membantu para pelancong dan pengembara yang masuk keluar Malaysia ni.

Pernah tak korang dengar eMedAsia? Meh umi cerita sikit tentang eMedAsia ni dan kenapa ianya sangat membantu kita menguruskan segala ujian pengesahan covid-19 ni dengan mudah.

APA ITU eMedAsia DAN KENAPA IA SANGAT MEMBANTU DALAM PELANCONGAN DI ZAMAN COVID-19 INI

eMedAsia adalah pasaran E-dagang di mana pemilik klinik boleh menyertai dan membeli barangan daripada produk farmaseutikal, bahan guna-guna, peranti perubatan dan barangan lain.
Ia terbuka kepada semua pemilik klinik termasuk klinik pergigian, pusat penjagaan ambulatori dan hospital.

eMedAsia dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA), kenderaan pelaburan untuk ahli perubatan berdaftar di Malaysia dan kini mempunyai 2,500 pengamal am (GP) yang diiktiraf KKM di seluruh negara. eMedAsia diurus dan dikendalikan oleh EmedAsia Sdn Bhd, sebuah entiti usaha sama antara Koop MMA dan HS Bio.

KOOP MMA telah ditubuhkan pada tahun 2017.

Koop MMA berhasrat untuk menjadi koperasi terkemuka untuk semua doktor di Malaysia.
Ia adalah inisiatif sekumpulan doktor dari Persatuan Perubatan Malaysia.

Mereka akan melancarkan sistem perolehan kolam tidak lama lagi untuk mengurangkan kos bekalan perubatan, bermula dengan ubat-ubatan yang biasa digunakan oleh Pengamal Am di klinik mereka dan kami ingin tahu berapa ramai doktor yang akan memerlukan perkhidmatan ini dan mendapat manfaat daripadanya.

Dengan membeli bekalan perubatan secara pukal, dalam kes ini bermula dengan ubat-ubatan yang biasa digunakan dan beralih kepada peranti perubatan dan bahan habis pakai kemudian, kami boleh membantu mengurangkan kos overhed kami dan mengurangkan kos dalam pasaran yang kompetitif dan memenangi peperangan dalam masa ekonomi yang mencabar ini untuk menyara diri kita.

KOOP MMA berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan memastikan pulangan yang mampan kepada ahli kami berpaksikan nilai teras akauntabiliti, komitmen, ketelusan, keterbukaan, rangkaian, integriti dan kerja berpasukan.

Dalam KOOP MMA kami telah mencipta platform autonomi doktor yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi aspirasi bersama mereka dalam perniagaan perubatan melalui perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH eMedAsia UNTUK YANG INGIN MENGEMBARA

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui kira-kira 2,500 GP yang diiktiraf KKM di seluruh negara ialah

  • Ujian RTK-Ag Profesional dengan keputusan dikemas kini terus ke My Sejahtera
  • Ujian PCR dengan keputusan dikemas kini terus ke My Sejahtera
  • Ujian saringan Covid Maya dengan kerjasama CLEADOC
  • Tawaran eTravelSavers Covid Insurans

 

Selain pergi ke klinik untuk ujian, korang juga boleh memilih untuk melakukan ujian ini di hotel, rumah atau lokasi yang disukai.Keputusan ujian korang disahkan oleh doktor perubatan dan dikemaskini terus ke MySejahtera dan ia termasuk ujian darah dan diagnostik serta insurance covid yang akan diwujudkan pada akhir bulan April ini.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH eMedAsia UNTUK PENGEMBARA

Kini korang tidak perlu berbaris panjang di Lapangan terbang dengan membuat tempahan secara online untuk Ujian RTK semasa ketibaan melalui MySafeTravel.gov.my di kira-kira 2,500 GP eMedAsia di seluruh negara;

  • Tidak perlu beratur panjang
  • Minimunkan risiko pendedahan kepada wabak Covid-19 semasa beratur
  • Susun RTK atau PCR Swabbing di hotel atau klinik yang berhampiran
  • Mempunyai lebih 2,000 ahli berdaftar di seluruh Negara
  • Perkhidmatan mampu milik
  • Kemas kini terus Mysejahtera oleh doktor/klinik perubatan(manual updates not required)

Doktor perubatan berdaftar yang boleh dipercayai dan diiktiraf dan diluluskan oleh KKM KOOP MMA

Untuk mereka yang mempunyai aplikasi MySejahtera bolehlah menggunakan eMedAsia ni bagi memudahkan korang mendapatkan klinik-klinik berdekatan untuk membuat ujian pengesahan Covid-19 dengan mudah dan pantas.

Terdapat lebih 2,500 klinik yang berdaftar di bawah eMedAsia ni untuk memudahkan korang mencari klinik yang korang nak dalam menguruskan ujian pengesahan covid-19 ni.

eMedAsia MEMUDAHKAN PROSES PENGEMBARA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA


Korang hanya perlu pilih samada nak buat Ujian RT-PCR atau RTK. Ada beberapa perkara yang perlu korang lakukan apabila korang memilih salah satu dari ujian tersebut.


Ujian RTK @ klinik terpilih di seluruh Malaysia

  • Cari klinik yang terdekat/ paling mudah untuk anda
  • Pilih tarikh dan masa temujanji yang sesuai
  • Tempah ujian anda
  • Terima email pengesahan
  • Teruskan ke kemudahan penjagaan kesihatan yang dipilih untuk ujian antigen Covid-RTK anda
  • Keputusan tersedia dalam masa 1 jam

Ujian RT-PCR @ klinik terpilih (Akan Datang)

  • Cari klinik yang terdekat/paling mudah untuk anda
  • Pilih tarikh dan masa temu janji yang sesuai
  • Tempah ujian anda
  • Terima emel pengesahan
  • Teruskan ke kemudahan penjagaan kesihatan yang dipilih untuk Ujian swab RT-PCR COVID
  • Keputusan akan tersedia dalam masa 24 jam

Ujian RT-PCR @ Lokasi pilihan anda

  • Pilih tarikh dan masa temu janji yang sesuai
  • Tempah ujian anda
  • Terima emel pengesahan
  • Doktor akan melawat lokasi anda untuk menyediakan Ujian RT-PCR
  • Tawaran Covid Insurans

Mudah kan bila menggunakan perkhidmatan eMedAsia ni. Lepas ni tak perlulah korang sibuk nak buat carian di google satu-satu klinik yang boleh bantu korang dalam menguruskan proses ujian pengesahan Covid-19 ni. Paling penting sekali, tak perlu sibuk nak beratur panjang di lapangan terbang untuk mendapatkan ujian ni.

Bagi umi, memang umi recommend sangat menggunakan perkhidmatan eMedAsia ni sebab ia boleh digunakan hanya dengan hujung jari tanpa perlu beratur panjang untuk mendapatkan ujian pengesahan ni.


Harga Perkhidmatan Covid-19 test di eMedAsia

Harga perkhidmatan RTK-Ag Profesional yang dilakukan di klinik;

RM90 untuk bukan warganegara Malaysia
RM70 untuk rakyat Malaysia

Harga untuk melakukan ujian pengesahan Covid ni pun masih berbaloi untuk kita semua.Lepas ni boleh la korang menggunakan perkhidmatan e-MedAsia ni.Mudah dan cepat dalam memastikan semuanya lengkap sebelum berlepas.


Korang boleh rujuk laman web berikut untuk maklumat lanjut :-

Emedasia.com – untuk tempahan ujian RTK di klinik. Ini adalah laman web utama di mana
anda boleh mendapatkan semua perkhidmatan mereka.
Travellers.emedasia.com – untuk menempah ujian RTK di klinik
MySafeTravel.gov.my – senarai semak untuk pelancong dari luar yang masuk

 

 

 

 

Loading

2 Comments

  1. Senang sebenarnya urusan kalau betul kita faham.. cuma kea alert semua benda termasuk buat test covid tu haaa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *