mee bodo hassan tengkera

Mee Goreng Hasan Tengkera Tak Cuba Tak Tahu

Mee Goreng Hasan Tengkera Tak Cuba Tak Tahu | Kalau ke Melaka tu cubalah Mee bodo Hasan Tengkera atau lebih dikenali sebagai mee bodo.Entri makan-makan selagi tak habis cerita pasal percutian kat Melaka hari tu habis.

Sebenarnya umi pun tak berapa pasti kenapa dia panggil mee bodo.Mungkin sebab bahan-bahan di dalamnya tu takdelah sangat.Dalam mee tu pun cuma ada taugeh je.Yang bahan lain memang takde.

Tu yang dipanggil mee bodo.Selepas je umi ke Roti canai Kayu arang, terus ke Mee goreng Hasan Tengkera ni.Antara roti canai kayu arang ke Mee goreng hasan tengkera ni taklah jauh mana pun.Cuma ambil masa 10-15 minit je untuk sampai ke sini.

Bila korang ke Melaka, memang wajiblah singgah sini sebab Mee Goreng Hasan Tengkera Tak Cuba Tak Tahu.Dah cuba baru tau sedap atau tak mee ni.Walaupun nampak macam mee bodo je, ada yang luar biasanya 🙂

Nasib baik semasa kami makan roti canai tu, tak ambil makanan lain, kalau tak memang tak taulah nak selit ke mana makanan tu.Kalau ke sini, nak parking pun jenuh juga, tapi mungkin rezeki kami ada parking yang berdekatan, jadi bolehlah menyelit.

Macam biasa, kedai viral kat Melaka ni, kalau nak makan memang kena beratur panjang.Tapi nasib baik pelanggan-pelanggan yang datang tu, tak ambil masa yang lama untuk makan.At least mereka ni berbudi bahasa jugalah kan kepada pelanggan yang lain..

So, wajib ikuti SOP yang ditetapkan ye.Sampai je ke kedai Mee Bodo ni, kami ikut beratur sebelum dapat tempat duduk.Dapat je tempat duduk, umi terus duduk dan rihana pulak beratur untuk dapatkan telur.Eh!! Wajib tau korang makan mee bodo tu dengan telur.Barulah ummph! 🙂

Mee tu cepat je dapat, korang duduk je, ada je orang yang menghantar mee tu kat korang.

Mee Goreng Hasan Tengkera

Closed up sikit pinggan mee yang datang ke meja umi.Nampak kan bahan-bahan yang ada di dalam pinggan ni.Ada mee, hirisan timun dan juga sambal.Sepinggan mee bodo tu harganya RM2 sahaja ye.

Murah kan? Itu belum cukup ummph lagi tau.Wajib ada telur mata sekali.

Mee Goreng Hasan Tengkera

Barulah complete nak makan sekali dengan mee tu.Tapi ada cara tau nak makan mee bodo yang sedap tu.Bukan makan mee je sahaja tau.

Masukkan semua dalam pinggan mee tu hah! Umi nak ingatkan korang ye, kalau korang tak suka masin sangat, jangan lupa kurangkan letak sambal tu sebab sambal tu pada umi masin sangat.

Tapi ikutlah tekak korang kan? Samada suka masin atau tidak.

Mee Goreng Hasan Tengkera

Telur separuh masak macam ni memang kesukaan umi.Tu yang kalau masuk sekali dengan mee memang ler mengancam tak hengat!

Total untuk 2 pinggan mee dan juga telur tu hanya RM7.++ sahaja ye.Untuk air umi order limau suam kosong  je.Memang sedap lah.Nak tambah lagi perut ni pun dah berat sangat.Next  ada lagi tempat makan yang umi nak terjah.

Actually masa umi stay di Swan Garden Hotel tu, malam ingatkan naklah keluar cari makan, tapi disebabkan hujan malam tu, jadi terperaplah kami di dalam hotel.

Tu yang keesokkan harinya kami plan betul nak makan apa dan makan pun sikit-sikit je.

So, kalau korang nak kesini, umi sertakan maps dan alamat supaya senang nanti korang cari ye.

Alamat Mee Hasan Tengkera ( Mee Bodo)

390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka

Loading

6 Comments

  1. Ooo Mee Bodo ni…kalau hasan tengkera Sis tak tau, Mee Bodo Sis tau sebab dah pernah makan hehehehe..
    Mee Bodo sebab meenya goreng kosong.. macam kita gak bt kat uma kalau takde bahan gituu hehehe

  2. Author

    orang akan kenal mee bodo dari mee hasan tengkera ni kan sis..

  3. mee bodo tu macam sedap aje..asyik nampak mee goreng tak kembang jenis citarasa saya je lalu kat socmed sejak dua tiga menjak ni..buat saya teringin betul! hahahahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *