McDonald’s Malaysia Belanja 65,000 Penghantar Makanan

McDonald’s Malaysia Belanja 65,000 Penghantar Makanan

McDonald’s Malaysia Belanja 65,000 Penghantar Makanan | Musim PKP ni memang ramai yang mengambil inisiatif untuk terus duduk di rumah dari keluar samada untuk membeli barang keperluan atau makanan.

Sepanjang tempoh PKP ni, orang ramai banyak menggunakan khidmat penghantar makanan tidak kira siang atau malam, hujan atau panas. Rider ini sedia berkhidmat untuk menyampaikan atau membelikan  apa juga pesanan yang dipesan oleh orang ramai.

Tidak terkecuali dengan umi sekarang ni, lebih suka menggunakan khidmat rider untuk membeli apa jua makanan atau keperluan asas. Bimbang untuk keluar rumah kerana kes semakin hari bukan semakin berkurangan, malah bertambah.Jadi untuk terus Stay At Home, kebanyakan keperluan asas dan membeli makanan banyak menggunakan khidmat mereka.

Kadang-kadang tu kesian pun ada kerana bila keadaan hujan, mereka sanggup juga menghantar makanan kepada kita. Walaupun kita tahu mereka mencari rezeki sebagai penghantar makanan, tetapi terfikir keadaan mereka apabila menghantar makanan dalam keadaan hujan. Risiko bawa motor di dalam hujan pastinya lebih tinggi.

Tak dapat bayangkan apabila ahli keluarga kita yang menjadi penghantar makanan, menghantar makanan dalam keadaan hujan lebat. Mesti kita risau kan?

Alhamdulillah, masyarakat kita sangat prihatin dengan si penghantar makanan, sanggup tunggu walaupun mengambil masa yang lama, membelikan sekali makanan untuk penghantar makanan atau memberikan mereka saguhati berupa duit upah dan lain-lain lagi.

Mereka juga adalah Frontliner kita juga. Kalau tiada mereka pastinya kita juga dalam kesusahan dalam menguruskan segala keperluan seharian.

McDonald’s Malaysia memandang tinggi jasa penghantar makanan sebagai frontliner kerana penghantar makanan juga antara barisan hadapan dalam menjalankan kerja mereka. Dengan itu Kempen yang dijalankan oleh McDonald’s Malaysia hargai penghantar makanan dengan hashtag #LekluMcDBelanja, #Riderku, McDonald’s Malaysia membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh Negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat Lelah mereka bekerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. McD belanja makan penghantar makanan untuk menghargai jasa mereka.

Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekluMcDBelanja #Riderku yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Umi amat menyokong usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan ini. Bukan umi sahaja yang patut menyokong usaha mereka, malah korang juga patut sama menyokong usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia.

Di saat pendemik ini, kita sebagai masyarakat yang sentiasa membuka mata apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Khususnya yang banyak berlaku kepada mereka yang terlibat sebagai Frontliner. Penghantar makanan adalah frontliner.Jadi kita perlu menghargai mereka.

Jasa mereka dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan, haruslah dipuji. Setidaknya mengucapkan terima kasih dengan senyuman supaya mereka rasa dihargai.

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai 2021, di restoran McDonald’s seluruh negara.

Sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan, kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia – En. Azmir Jaafar berkata, “Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.” 

“Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”

Dan Penghantar makanan McDelivery Roslina Talhad, ibu kepada lima anak berkata, beliau perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja separuh masa disebabkan pendemik ini.

Memang ramai yang terkesan dek kerana wabak ini, dan begitu ramai yang menganggur. Ada diantara mereka mencari inisiatif sendiri sebagai penghantar makanan untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar ini.

Beliau berkata, “Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

Penghantar makanan McDelivery William Wuah juga merupakan penghantar McDonald’s selama dua tahun katanya, “Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.” 

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

 

Begitu juga dengan Penghantar makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Walaupun kita tak dapat nak buat lebih dari sepatutnya, kita harus sokong usaha McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia supaya mereka lebih bersemangat untuk terus memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *