McDonalds Thai Green Curry Burger dah cuba ke? | Perangai sangat kan? Bila ada menu baru je mulalah sibuk nak mencuba.
Itu umilah, kalau korang tak tau.Itu pun sebab rasa teringin memandangkan umi kena kurangkan makan makanan fast food.Umi tengah cuba ni.Tak taulah bila nak insoofff..
Tengah godek-godek facebook, ternampak pulak iklan Green Curry Burger menu terbaru dari Mcdonalds tu? Laju jelah tangan ni Screenshoot terus hantar kat babah.Eh!! memang tau..hahahah…Apa lagi kalau tak suruh babah belikan.Sebenarnya umi lebih prefer makan terus kat sana sebab apa tau, dapat makanan panas-panas lagi.Kalau dah foods delivery ni bukan tak panas pun, ok je, tapi tulah..rasa puas hati dapat makan terus dari kedai..hehehe..Tapi memandangkan bebudak ni tak boleh nak masuk, and kalau masuk pun bukan boleh duduk beramai-ramai satu meja kan?
So, paling mudah supaya anak tak merengek, kita order dan hantar kat rumah.Settled..
Balik dari kerja, babah kata dia tak boleh belikan sebab dia tak tau samada umi nak burger ayam atau ikan..Daging takde ye untuk Green Curry ni.
Ikutkan hati memang nak ayam, tapi sesekali kan, umi cubalah jugak ikan.And babah pulak amik ayam.Dalam 15 minit gitu burger pun sampai..Untuk bebudak umi order Happy Meal je..Sebab tau dalam tu ada mainan.Macam nak pelangkung sensorang sebab mainan amik, burger letak tepi..Haishhh…Last-last umi dengan babah bedal lagi burger diorang.Makan french fries jelah.Nenek as usual memang ayam goreng.
Menu umi untuk Burger Green curry ni bersama air kurma..Sedap weh air kurma tu.
Sebenarnya yang umi tunjuk ni ayam tau..Umi tersalah makan babah punya..hahaha…Hah..Nanti umi mana yang sedap, ayam atau ikan.
Budak yang beria sangat makan masa mula-mula dapat makanan.Lepas dapat 2-3 gigit terus letak tepi.Umi memang fikir nak belikan diorang nugget atau ayam goreng je, tapi nanti bila tengok umi makan burger dia pun nak makan burger,haishh…
Adik dia takkan sentuh burger tu sebab ada banyak sayur.Umi pun lupa nak pilih taknak letak sayuran tu.Biar kosong.Susah la budak picky eater ni.
Settle makan, saja berbual dengan babah, antara dua menu iaitu burger ayam atau ikan, mana yang babah pilih?Jawapannya kejap lagi..hahahaha..
Sedap ke Thai Green Curry menu terbaru dari Mcdonalds ni?
Pada pendapat umilah kan, tak tau kalau tekak korang.Umi tak pasti rasa Thai Green Curry tu macam mana, sebab bila sebut kari pastilah rasa kari kan.Tapi yang ni umi rasa sebijik tomyam.Tomyam guys…Sedap rasanya.Pedas pun biasa-biasa jelah.Semua lengkap.Babah pun kata macam tu jugak.
Antara Thai Green Curry Chicken dan Thai Green Curry Fish mana satu pilihan umi
Walaupun umi beli untuk umi Thai Green Curry Fish, dan umi dah rasa Thai Green Curry Chicken ni, umi lebih prefer chicken dari fish.Memang kena kalau letak ayam berbanding ikan.
Akan repeat lagi selepas ni?
Tak sure sebab selalunya umi jarang nak repeat benda ni melainkan bila tersinggah kembali ke mcdonalds ni.hahaha…mungkin umi akan repeat.Tu jelah..
Korang dah rasa belum menu terbaru ni? So pendapat korang macam mana pulak?
belum cuba lagi sebab macam tak berapa menarik pada saya. huhu.. tapi cuba jugaklah nanti.
Ingat semalam nak cuba, sekali lalu [enuh je drive thru, malas nak tunggu hahahahaa…nanti nak try gak laaa
teringin juga nak cuba tapi kena pi ke bandar besar, hehe