McD Spicy Korean Burger Sedap ke Tidak?

McD Spicy Korean Burger Sedap ke Tidak?

Secara kebetulan masa sambut birthday Naura Auni yang ke 5 hari tu, babah order Mcdonalds.Ditanya pulak umi nak makan apa.Umi terus teringat Mcdonalds ada keluaran baru iaitu Mcd Spicy Korean Burger.Umi pun menumpang sekali order.

kisah Sambutan Suprise Birhtday Naura ada umi ceritakan di Entry Suprise Birthday. Seingat umi, umi pernah lah rasa Spicy Korean Burger ni dulu.Umi ingat nak sambut birthday Naura Auni masa hari raya haji nanti.Tapi disebabkan nak buat suprise birthday kat dia, tu yang buat awal.Nanti raya haji kita bakar-bakar jelah kat rumah.Dah plan dengan adik beradik lain nak bakar-bakar kat rumah.

Tahun ni turn rumah kami jadi tuan rumah, ingat nak sediakan apa yang patut lebih awal lah kan.Dah, cerita balik pasal burger dari mcdonalds ni kan, paling suka Burger Prosperity.Walaupun yang lain semua ok, tapi umi lebih suka yang prosperity.Sedap tau.alah, takat burger-burger mcd ni, umi tau semua korang dah cuba kan?

 

McD Spicy Korean Burger Sedap ke Tidak?

Feel the heat of the Spicy Korean Burger. Two delicious choices – Beef & Chicken. Try your choice today and you’ll say “Saranghae”. Cita Rasa Daebak Korea. Ayam & Daging. Chicken & Beef. 100% Dijamin Halal. Hangat & Menyelerakan. Daebak Taste of Korea.

Hah gitu tagline Spicy Korean Burger ni.

Seingat umi, dulu dia pakai kotak.Tapi tak taulah kan kalau delivery dia bungkus gini je.Sebenarnya kalau burger ni umi lebih suka daging berbanding ayam.Tapi entah kenapa umi lupa nak pilih daging.Jadilah kan ayam pun ayam lah.

Hah..inilah rupa Spicy Korean Chicken ni.Cuma umi mintak lebihkan sayurlah.

Nak kata pedas takdelah pedas sangat pun.Biasa-biasa je.Tak macam kita makan ramen maggi tu hah.Boleh lagi diterima dek mulut umi.

Kalau ikut tekak umi ni ok je burger ni.Cuma umi tak ambil sekali dengan air lah.Kang sedap pulak budak-budak tu menyedut air tu kan.

Babah kata kalau tak cukup sayur boleh ambil dalam peti ais :)sabo jelah umi ko ek.

korang yang nak tengok menu terbaru dari Mcdonalds terus ke website mereka eh!

MCdonalds Malaysia

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *