Mata Bergerak-gerak apakah tanda dan Maksudnya

Mata Bergerak-gerak apakah tanda dan Maksudnya

Rimas dengan mata bergerak dengan tiba-tiba kan.Kalau ikut kata orang-orang lama tentang mata bergerak ni ada yang baik dan ada yang buruk.Tapi kita tak bolehlah kan terlalu percaya sangat dengan ramalan-ramalan tu sebab nanti takut jatuh syirik.Jadi mata bergerak-gerak apakah tanda dan maksudnya

Bila kerap sangat  bahagian mata yang bergerak-gerak ni membuatkan kita rimas sampai nak buat kerja pun tak best.Lagi pulak kalau terfikir ramalan-ramalan lama yang mengatakan ada sesuatu akan berlaku samada yang baik atau yang buruk.

Untuk tidak memusykilkan lagi hati umi ni, sajalah umi mencari fakta tentang mata bergerak mengikut cara saintifiknya bukan kepada ramalan-ramalan yang seperti kita tahu ye.

 

Baca juga : Tips Penjagaan mata agar nampak sihat

Mata bergerak-gerak ni selalunya dipanggil dengan nama Eyetwiching.Ia boleh jadi bergerak di bahagian-bahagian tertentu mata antaranya dibawah mata kiri atau kanan, di atas mata kiri atau kanan atau kelopak mata yang bergerak.

Kerdipan mata ni berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas. Kenapa mata berkedip-kedip dan apa puncanya terjadi eye-twiching ni? Jom baca

 

Mata Bergerak-gerak apakah tanda dan Maksudnya

Antara sebab mata bergerak-gerak adalah disebabkan :-

1# STRESS

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza.Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata.Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twiching.

2# TERLALU PENAT

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata.Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3# KETEGANGAN MATA

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata  dan memerlukan gantian kuasa yang baru.Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaaan tertekan.Situasi ini akan menyebabkan eye twiching.

Kita disarankan untuk membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang  baru jika ini berlaku dengan kerap.Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.Jika kita terpaksa untuk bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

 

4# KAFEIN DAN ALKOHOL

Kebanyakkan pakar percaya bahawa pengambilan kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

5# KEKERINGAN MATA

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunya masalah mata kering.Selain dari itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambilan ubat ( antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

6# ALERGI

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair.Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata.Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk menyelesaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching.Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering, oleh itu cuba untuk dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

Hah, itulah diantara mengapa mata kita bergerak-gerak.So, sebelum korang assume sesuatu, cuba lihat balik punca-punca diatas dan cuba untuk tanganinya.Umi pun sedang mencuba jugak ni.

Apa pula mitos tentang mata bergerak ni.Jom lihat dibawah ni.

MITOS TENTANG MATA BERGERAK-GERAK

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah)

Hah!! amacam, korang pernah terjadi macam ni? adakah sebahagian dari mitos yang umi kongsikan diatas ni pernah betul-betul terjadi pada korang? ataupun itu hanya kebetulan?

Tak kisahlah kan mata bergerak belah manapun.Yang penting , kita kena sentiasa berdoa kepada Allah swt semoga dijauhkan segala bencana dan bahaya kepada kita.

Nak percaya lebih-lebihkan kang, risau pulak terpesong akidahnya dan boleh membawa kepada syirik.Nauzubillah himinzalik.

 

Loading

2 Comments

  1. Tapi memang tak suka betul kalau berlaku, rimas, meluat pun ada hehe

  2. Kalau kepercayaan orang dulu-dulu yee memang katanya nak jumpa orang jauh, kecuali kalau bawah mata bergerak, tu katanya nak menangis…entah laaa, kadang ye juga betulnya…kebetulan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *