Masuk Pertandingan Memanah Anjuran MBPG

Masuk Pertandingan Memanah Anjuran MBPG | Pertama kali Auni masuk pertandingan memanah walaupun dia masih lagi belajar untuk pegang memanah dengan betul.

Disebabkan Auni bersungguh-sungguh nak join, maka umi pun daftarkan dia untuk pertandingan memanah.Banyak la dari kelab-kelab memanah lain yang menyertai pertandingan tu.

Bila tengok yang menyertai, umi percaya yang turut serta tu mybe dah mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang memanah.Auni baru 2 bulan menyertai kelab memanah.Jadi tak expect apa pun untuk dia menang dalam pertandingan ni.

Umi cuma nak dia rasa pengalaman dalam pertandingan memanah.Jadi bila dia dah pro sikit boleh la join pertandingan-pertandingan yang lain.Lagi pulak dia tak menggunakan bow sendiri.Semuanya sudah disediakan oleh pihak MBPG, jadi tak samalah kan.Sebelum ni dia hanya menggunakan bow untuk beginner.Bila masuk pertandingan tu, dia kena menggunakan bow recurve yang panjangnya melebihi dirinya sendiri.

Mula tu dia tak yakin sangat, yelah nama pun masih bertatih lagi nak pegang busur kan.Takpelah kan, jadikan ia satu pengalaman berharga.

Untuk satu kumpulan, dikehendaki seorang dewasa, remaja dan juga kanak-kanak bawah 12 tahun.Memandangkan dewasa dan remaja tak mencukupi, terpaksalah group Auni 2 orang kanak-kanak.Cuma masa tu memang takde dewasa yang available, jadi cik Anis lah terpaksa jadi bidan terjun dalam pertandingan tu.Lagipun Cik Anis aka jiran umi tu, dah ada pengalaman jugaklah dalam memegang panah.

Nak harapkan umi memang takkan la masuk.Ni pun rasanya nak jugak join kelas memanah helwa di taman umi ni.Insyallah

Muka dah monyok masa ni sebab tak jumpa group.Yelah, dari rumah lagi dia dah excited nak masuk.Jadi adalah sedikit salah faham kat situ yang buat dia sedih.Itu pun dia rasa nak tarik diri, tapi umi cakap dia kena sabar sikit.Masa tu memang takde orang dewasa yang nak join beginner macam Auni ni.

 

Antara geng TPR Memanah yang join.Hah itulah dia 3 ketul satu group tu.Alhamdulillah cik Anis join jugak lah memandangkan si kecik anak dia tu pun join dan takde geng.Tu kecik-kecik cilipadi tu.Kemain memanah dia.

 

Ingatkan masa join tu, ada satu target je.Rupanya kena habiskan 15 target dengan 2 arrow untuk sorang.Jadi dalam satu group tu memang ada 6 batang arrow la.Berpeluh jugaklah nak habiskan 15 target tu.Pulak tu dia buat betul-betul dekat belakang bukit Tasik tu.Dengan keadaan tak rata, of course bagi yang tak biasa nak target tu memang payah la kan.

Tapi takpelah kan, sekadar suka-suka untuk bagi pengalaman kat anak-anak.Yang bestnya group lain pun pakat support dari belakang bila Auni tak boleh nak buat.

alhamdulillah

Antara mak pak dan anak-anak yang join pertandingan memanah ni.Memang seronok sebab masing-masing boleh tunjukkan kelebihan memanah yang baik untuk anak-anak.

Terima kasih kepada MBPG sebab dah adakan pertandingan memanah ni.Memang pertandingan memanah ni jarang-jarang kita lihat diadakan betul tak.Jadi harap lepas ni banyaklah group dan penyertaan untuk memanah ni.

Tahniah kepada yang berjaya dan tak berjaya tu biasalah kan, adat pertandingan.Yang penting kita enjoy semasa pertandingan tu.

Jangan tanya Naura Auni dapat nombor berapa.hahah…Banyak sangat telur,Insyallah cuba lagi dilain kali

 

p/s : umi pun tengah belajar sikit-sikit tentang definisi memanah dan bahasa-bahasa memanah.Kang terlopong plak mulut ni orang bercerita pasal memanah ni kan.hahah

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.