MASALAH RAMBUT GUGUR BERKURANGAN DENGAN SELSUN BLUE

MASALAH RAMBUT GUGUR BERKURANGAN DENGAN SELSUN BLUE | Siapa yang ada masalah rambut gugur yang teruk?Korang tau kan betapa stressnya kalau sekali tarik rambut masa mandi tu, rambut punyalah banyak gugur.

Boleh jadi stress tau.Kadang tu tak tau kenapa rambut boleh gugur dengan begitu banyak.Sampai naik nipis dah rambut umi ni.Punca rambut gugur di usia muda ni banyak tau.Eh!! muda ke??hahaha..Gasaklah nak oii.

Pelbagai produk untuk rambut gugur umi dah cuba, tapi hasilnya tetap sama.Yelah, kalau dah dalam sebulan tu masih takde perubahan, macam mana kan?Takkanlah nak tunggu 2-3 bulan baru nampak perubahan kot.Punyalah lama.At least adalah sikit perubahan pada rambut yang gugur tu.Takdelah kata nak result tu 100% nak terus ada.Ada juga yang berkesan tapi harga mahal pulak.Haduii, kalau nak menabung semata-mata beli syampu rasanya kita boleh ikhtiar cara lain kan? Jadi tepuk poket sendiri.

Korang boleh tengok review-review umi sebelum ni tentang rambut gugur.Ada yang berjaya. tapi lepas tu jadi balik la.Tak sure kenapa dia jadi balik.

Selain dari rambut gugur, umi jugak mengalami kegatalan yang melampau kat kepala ni tau.Satu lagi kelumumur tu jangan cakaplah kan.Orang kata nak rawat rambut gugur, kena rawat dulu masalah kelumumur.Jadi memang umi beli syampu ni khas untuk kelumumur umi.Mu

Tapi hari tu dok menggoogle tentang ni, terjumpalah ada review pasal syampu ni.Dah add to cart lama dah.Tapi tak jugak membeli.Umi biarkan dengan rambut yang keguguran tu.Sampai stress jugaklah umi nak menyapu, nak bersihkan bilik air dengan rambut yang banyak tu.Naik menyampah pun ada tau.

Tapi masa bulan 6 hari tu, umi pun memberanikan diri untuk terus je beli syampu tu sebab rasa dah tak selesa sangat dah dengan rambut gugur ni.Lama dah dok peram cerita ni, tapi nantilah dulu.Sampai betul-betul nampak kesannya barulah cerita produk untuk masalah rambut gugur ni.

MASALAH RAMBUT GUGUR BERKURANGAN DENGAN SELSUN BLUE

Inilah produk untuk masalah rambut gugur yang umi ceritakan ni.Selsun Blue nama dia.Memang  bagus untuk rambut gugur.Jadi umi pun trylah syampu selsun blue ni.Ni dah nak masuk 3 bulan jugaklah umi gunakan syampu untuk  rambut gugur ni.Baunya taklah seharum syampu-syampu di pasaran sana.Syampu berubat  takde lagi yang wangi umi rasa..hahaha..

Umi suka syampu ni sebab dia ada rasa berangin sikit masa pakai.Tu yang best sebenarnya.Apa yang umi lihat rambut gugur umi makin kurang dari sehari ke sehari.Kalau dulu seriuslah, sekali tarik memang banyak gila oiii.Kalau dekat lubang bilik air tu memang rambut umi je.Tu yang stress tengok rambut sendiri.Tu belum lagi yang bersepah dekat lantai.Dan yang dekat getah rambut tu jangan cakaplah.

Tapi bila tengok 2-3 bulan ni memang nampak hasilnya selepas penggunaan syampu ni.Murah pun murah.Berbaloilah beli syampu ni untuk penggunaan 3-4 bulan.Yelah bukan tiap hari nak kena syampu rambut kan.Dalam seminggu tu 2-3 kali umi syampu.

Syampu ni berwarna hijau dan bau dia memanglah tak sedap.Of courselah kan, sebab dia syampu berubat untuk kelumumur.Orang kata ada jual kt watson, tapi tak pernah pulak umi cari.Yelah dari beli hari tu tak habis-habis lagi kan?

Jadi nantilah umi cuba cari kat watson kalau ada.Tapi masa pendemik ni umi memang suka beli secara online.Lebih mudah dan selamat.Barang sampai tu pastikan sanitize dulu sudahlah.Umi dah banyak kali pesan dengan anak-anak kalau courier datang suruh je dia letak kat atas pagar tu.Nanti sanitize dulu baru bukak.

SELSUN BLUE REVIEW DARI UMI

Alhamdulillah, memang puas hati lepas menggunakan selsun blue ni.Memang recommend dekat korang untuk mencuba syampu kelumumur ni.Korang pun cubalah.Kalau korang tak cuba korang takkan tau keberkesanan syampu ni.Tapi setiap orang tak sama, kadang  sesuai dan kadang tidak.At least kita cuba.

Harga pun tak begitu mahal lah.Pada umi oklah kan sebab dia tahan 3-4 bulan.lagipun sorang je pakai, kalau satu rumah mungkinlah cepat habis syampu tu.

masalah rambut gugur

Selsun Blue Treatment shampoo ni korang boleh jugak dapatkan di Lazada dan Shopee.Untuk di pasaraya lain umi tak pasti.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *