5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA

5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA

5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA terutamanya mak-mak yang kalut nak sediakan makanan tengahari untuk anak-anak ke sekolah.

Kalau boleh mak-mak ni mestilah nak sediakan menu tengahari untuk anak-anak.Nak-nak pulak bila waktu persekolahan.Sebolehnya nak cari menu yang simple tetapi yang anak suka.Macam umi pun sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, nak menghantar anak sekolah, nak sediakan sarapan dan makan tengahari mestilah sedikit kelam kabut.

Jadi bila sediakan menu untuk sarapan atau makan tengahari mestilah nak lauk yang mudah disediakan dan yang pastinya sedap untuk anak-anak makan.Biasalah bab resepi ni selalu umi google je kalau benda baru.Kalau yang biasa-biasa tu kita main campak-caampak je.

Dan mungkin 10 jenis masakan ayam ni kita sendiri boleh cuba disediakan untuk anak-anak kan?

Jadi apakah 10 jenis masakan ayam yang umi nak kongsikan dibawah ni? Umi buat satu entry untuk memudahkan korang mencari menu dengan mudah dalam senarai dibawah ni

5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA

Ayam Cili Daun Kesum

5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan minyak Ghee( tak kisah la brand apa yang korang jumpa)
  • 1 ekor ayam yang siap dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit
  • 5 biji cili merah besar
  • 11 biji cili padi merah dan hijau
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit daun kesum
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan perasa

Cara membuatnya

  1. goreng ayam dengan minyak ghee sehingga garing
  2. Setelah garing angkat dan toskan
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam minyak tadi.Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan gaul rata
  5. Masukkan ayam dan gaul sehingga ayam kena dengan sambal.Dan perasakan dengan garam dan perasa.Kemudian masukkan sedikit daun kesum ke dalam ayam tadi.Masukkan satu sudu lagi minyak ghee untuk tambahkan lemak di dalamnya.
  6. Siap untuk dihidangkan

Resepi Ayam Bakar Madu

5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inchi halia
  • 2  kerat paha ayam

Bahan di atas ni tumbuk sampai halus.Jom tengok bahan perapan lain.

  • 3 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit kunyit
  • 2 sudu madu
  • Sedikit garam

Cara Membuatnya

  1. Masukkan bahan perap di dalam bekas yang korang letak ayam tu.Gaul sehingga sebati.Kemudian masukkan serai, halia dan bawang putih yang ditumbuk halus.
  2. Gaul sebati dan kemudian korang biarkan dalam 15 minit.Nak sedap kenalah perap lama.
  3. Kemudian masukkan je dalam air fyer dan set suhu 180 selama 20 minit.

Resepi Ayam Masak Merah

5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA

Bahan-bahan

  • Beberapa potong ayam(kalau umi masak kena ambil yang bahagian tulang-tulang)
  • 3 sudu besar cili kisar – nak letak lebih pun boleh
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • daun sup
  • Bahan Kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Selalunya bahan kisar ni memang dah sedia ada dalam peti ais.Umi ambil 2 senduk kecil bahan kisar

Cara Membuatnya :

  1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam.Kemudian goreng hingga masak.Tak perlu garing ayam tuye.Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak
  3. Masukkan cili dan tumis dengan api perlahan sehingga masak.
  4. Masukkan gula dan garam dan kacau rata.
  5. Masukkan sos tomato dan sos cili, tambahkan sedikit air dan kacau lagi.
  6. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata.kacau sehingga kuah tu pekat sikit
  7. Hidangkan di dalam bekas dan taburkn sedikit daun sup

Settle memasak.Kalau ayam masak merah ni umi suka manis-manis sikit.Barulah sedap kan.

Resepi ayam rangup Ala KFC

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT AYAM RANGUP ALA KFC(bahan Perapan)

  • Beberapa potong ayam
  • 4 sudu Tepung Bestari(aku guna yang biasa je)
  • 1 sudu Tepung beras
  • 1 sudu Kari
  • beberapa helai daun kari
  • sedikit garam
  • 1 biji telur

CARA BUAT AYAM RANGUP ALA KFC

  1. Campurkan kesemua sekali bahan di atas dan perapkan dalam setengah jam 
  2. sediakan 2 sudu tepung bestari bersama 1/4 sudu tepung beras.Taburkan sedikit sahaja garam.Lumurkan ayam yang diperap ke dalam tepung.Sambil tu,panaskan kuali dengan minyak yang banyak.Nampak ayam tu tenggelam je ok dah.
  3. Masa nak masuk ayam ke dalam kuali tu,sederhanakan api supaya ayam tak masak hanya di luar sahaja.Bila dah nampak kekuningan,bolehlah angkat ayam tu dan sedia dihidangkan

Resepi Ayam Butter 

 

Bahan-bahannya
  • Bawang putih diracik halus
  • Bawang Merah di racik halus
  • Daun kari
  • Isi ayam ( tak kira samada korang nak cincang kecil-kecil sekali dengan tulang ataupun tidak)
  • Sedikit Butter
  • Sebiji Telur
  • Lada kecil(optional)
  • Tapung(boleh guna tepung gandum atau tepung goreng ayam
  • Sedikit Garam
  • Setengah cawan kecil susu cair

Cara membuatnya

  1. Ayam tu korang lumurkan dengan telur.Selepas tu korang mandikan ayam tu dengan tepung dan goreng.
  2. Selepas itu ,Cairkan Butter dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan daun kari.
  4. Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam.Kalau korang nak pedas,boleh la letak cili
  5. Jika kuahnya cair,korang boleh letakkan tepung jagung sedikit ye.
  6. Last sekali korang masukkan ayam.Agak-agak dah masak boleh angkat dan hidangkan

Itulah dia 5 jenis masakan ayam yang selalu umi buat kat rumah.Banyak lagi sebenarnya kalau nak resepi ayam ni.yang penting rajin cari.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *