MASAK SIZZLING YEE MEE GUNA KUALI MUDAH

MUDAH JE NAK MASAK SIZZLING YEE MEE GUNA PERIUK

Masak Mee Sizzling Yee Mee guna kuali je.Nak makan kat kedai sekarang ni tak boleh kan,jadi kita buat je kat rumah.Tapi takde Hot Plate tu tak bermakna kita tak boleh buat kan.

Nah, bila umi google resepi masak sizzling yee mee ni guna kuali je,punyalah mudah.Haih!! kalau tak google tak tau benda tu mudah nak buat.Jadi hari minggu tu, umi masak sizzling yee mee.Lama dah beli bahan-bahan masak sizzling yee mee.Tapi hari tu baru rasa nak buat.Oklah kan dari tak buat langsung.Tak buat tu sebab tau anak-anak ni bukan suka nau nak makan mee jenis gitu.Tapi umi paksa jugaklah diorang makan.

Bukan pedas pun sizzling yee mee ni ni.Sebab tu umi paksa diorang makan.Cara umi kalau anak-anak taknak makan ni umi paksa dia cuba dulu.Kalau tak diorang takkan tahu macam mana rasa makanan tu kan.Ni belum rasa lagi dah taknak.Memang umi marah.Oklah jom kita tengok resepi masak sizzling yee mee guna kuali yang mudah sangat nak buat.

RESEPI MASAK SIZZLING YEE MEE GUNA KUALI

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 gulung yee mee(ikutlah korang nak banyak mana untuk sekeluarga)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inchi halia dicincang halus
  • Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
  • Cendawan Shitake kering
  • 5-4 cili kering dipotong-potong
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak bijan( umi tak letak sebab takde)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2-3 dudu makan tepung jagung(tambah sedikit air)
  • Minyak untuk menumis
  • dan air

CARA MEMASAK

  1. Masukkan minyak bijan dan minyak masak.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng sebentar sehingga ayam tu masak
  3. Masukkan 4 cawan air.Ikut korang nak kuah banyak mana
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair,kicap pekat dan serbuk lada hitam
  5. Biarkan mendidih dan ayam masak.Masukkan cendawan dan biarkan selama 2-3 minit.

masak sizzling yee mee guna kuali

6.Masukkan air tepung jagung.Gaul rasa dan biarkan kuah jadi pekat

7.Bila dah nak hidang tu korang masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil.Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.

masak sizzling yee mee guna kuali

8.Biarkan mee lembut dan telur separuh masak.Tutup api dan angkat mee.Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.

Resepi penuh korang tengok dekat sini.Ramai yang dah buat.Yang penting kuah mesti pekat dan hitam..hahaha..

Kalau umi letak semua dalam kuali tu lepas tu tutup sekejap biar sayur tu masak dan telur masak separuh.Tu dah ok.Nak makan, masuk terus dalam pinggan..hahah..Pemalas umi nko ek.Padahal banyak resepi ada tu kita google jelah

Hari-hari memasak sampai umi pun dah tak pening nak fikir nak masak apa.

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia

 

 

 

2 Comments

  1. Eh..eh…nampak senang plak resepi ni…punyaa la SA ni fikir payah nak buat..biasa adik yang buatkan..ni masing2 x boleh balik kan…..eh nak cuba la buat…

Leave a Reply

Your email address will not be published.