masak lemak nangka

MASAK LEMAK NANGKA SETELAH SEKIAN LAMA TAK MAKAN

Masak lemak Nangka dengan ikan goreng kena pulak dengan sambal belacan dah cukup dah untuk tambah berkali-kali.

Itu belum masuk dengan ikan masin lagi.Tapi disebabkan malas nak membeli ikan masin, jadi ikan goreng garing tu pun dah memadai.Kena pulak sambal belacan dah menambah selera makan dah ui..Tapi disebabkan sekarang ni kena jaga makan, jadi niat nak menambah tu terpaksalah dipadamkan dek kerana itu.

Takpelah kan, janji dah merasa masak lemak nangka tu dah la.Kang mau tak boleh nak bawak pinggan tu ke singki.Haihhh..Teruk nau lah kan.

Masa ke pasar minggu depan, dah nampak dah nangka kat situ, nak beli tapi disebabkan ramai yang berkerumun kat tempat jual sayur tu, jadi umi pun balik jelah.Tapi tadi kebetulan tak ramai, umi ambil la sepotong nangka untuk masak tengahari.Sesekali dapat makan macam ni sedap uii..Lagi satu umi suka pisang masak lemak tu.Pun menambah kalau depan mata.Kena pulak dengan ikan masin bulu ayam.

Baca juga : Kari Daging Menu hari ini

Ingatkan nak masak ikan kaci masak gulai lemak, tapi nampak nangka tu jadi kita masaklah dulu nangka tu.Kang duduk peti ais lama sangat kang, tak menjadi pulak menu kita tu.

Sebenarnya sebelum ni memang tak pernah pun masak lemak nangka ni, tapi bila nampak nangka tu teringin la pulak kan.Umi tak berapa pandai nak memasak, jadi umi pun google jelah kan.Umi suka  yang letak lada hitam tu.Lepas puas google terjumpalah resepi tu ni.Nampak orang masak letak ikan masin macam sedap kan, tapi bila dah kat rumah baru teringat, jadi masaklah dengan apa yang ada.

Untuk masak nangka ni umi guna resepi lemak nangka lada hitam.Macam sedap kan? Tapi memang sedap pun..hahahah.

masak lemak nangka

RESEPI LEMAK NANGKA LADA HITAM

Bahan Kisar

  • 1 Biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah
  • 3 sudu besar udang kering (rendam)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • minyak utk menumis
  • garam secukup rasa

    Cara:
    1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sebentar.
    2. Masukkan 2 cawan air bersama nangka yg telah direbus tadi. Kacau sebentar.
    3. Kemudian masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau rata. Kalau perlu, boleh ditambah air lagi mengikut kepekatan kuah yg anda suka. Terus mengacau sekali-sekala agar kuahnya tak “pecah santan”.
    4. Bila dah mendidih, matikan api.

Settle siapkan menu utama, kita buatlah menu lain pulak.Makan tengahari pun dah sampai dekat pukul 2 lebih.Ni gara-gara bawak anak-anak dara ni nak ke sungai buluh la ni.Hari ni pakej siap sarapan dibawah pokok.Jadilah kan bagi diorang hilang tension.Kesian pulak umi tengok bebudak ni.Nasib baik tak ramai, jadi bebaslah bebudak ni bermain.

masak lemak nangka

Cukuplah menu untuk tengahari.Sat lagi petang tu adalah idea si babah tu nak makan ape.Umi dah order menu lain.saja buat makan kot memalam kang lapar.Bebudak ni pun dah ikut umi dah malam tak makan nasi.Tapi siang tu tak berhenti nak makan.Malam umi ajo diorang makan buah.Entah bila gaknya nak makan sayur-sahuran.pening ek.

Esok bebudak ni request nak jogging kat luar.Haih..umi pulak yang malas.Umi suruh lari setempat je tak nak.Nak jugak keluar.Malas tau tak.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *