Mari mengatasi Kanser

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Kalau korang layan TV Al-hijrah.Mesti korang akan lihat slot dalam rancangan Prof Muhaya tentang tajuk Mengatasi Kanser

Apa yang diberitahu oleh Prof Muhaya,kanser ini berlaku apabila manusia kurang makan sayuran dan buah-buahan.Mungkin selama ni kita nampak kita sihat.Dan tidak memerlukan sayur dan buah-buahan untuk di makan setiap hari.Tetapi jika kita tidak mengambil sayur dan buah-buahan,ini yang boleh menyebabkan terjadinya Kanser

Prof Muhaya berkongsi tips untuk mengatasi kanser 

Di dalam kehidupan kita perlu perbanyakkan pengambilan GBOMS.apa itu GBOMS?

 

G- Greens

B-Berries

O-Onion

M-Mushroom

S-Seeds

Kita perlu kurangkan protein di dalam hidangan dan perbanyakkan pengambilan air putih.Elakkan protein dan gula.Gula ini adalah baja untuk kanser.Di dalam slot Prof Muhaya,tetamu yang dipanggil ke studio adalah pesakit kanser tahap 4.Semasa dia mengetahui kanser yang ada di dalam badannya,dia telah koma selama 3 hari.Beliau kembali sihat setelah mengamalkan habatussauda,air zamzam,minum air lemon,berries(anggur,kurma dan sebagainya)Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural.Beliau juga tidak mengambil perubatan seperti kimo dengan alasan bila beliau mengamalkan makanan yang sihat,natural,kansernya tidak berkembang.Dia yakin dengan cara natural beliau bertambah sihat.Pemakanan yang diambil sebelum diagnos kanser  adalah makanan fast food,McD,daging,sup tulang,air bikarbonat,kurang makan sayur dan buah.

Sebab tu kita kena hargai kesihatan kita,ubah makanan kepada makanan yang lebih sihat dan Natural.Perbanyakkan sayuran hijau,jus dan buah-buahan.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser :

01: 98.7% – ubi keledek kukus

02: 94.4% – ubi keledek mentah

03: 93.9% – asparagus

04: 82.8% – kubis bunga

05: 91.4% – kubis

06: 90.8% – brokoli

07: 83.7% – daun saderi

08: 74.0% – kulit terung

09: 55.5% – lada benggala

10: 46.5% – lobak merah

11: 37.6% – bunga lily kering

12: 35.4% – kubis cina

13: 34.7% – kailan

14: 32.9% – sawi 

15: 29.8% – mizuna/sawi Jepun

16: 23.8% – tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur. 

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama. 

Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian. 

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.

Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

Semua tu kita boleh buat di rumah.Aku kongsikan ni untuk renungan kita bersama.Sekarang ni pelbagai jenis penyakit yang dekat dengan kita.Selagi kita boleh elakkan,kita kena elakkan supaya ia tidak mengundang musibah kepada kita.Aku share artikel dari rakan group whattsap untuk di baca bersama

* Jangan kedekut ilmu. Sila sebarkan!

#MY

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

6 Comments

  1. Penyakit kanser lah yang paling ditakuti kan.thank for sharing info nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *