Marhaban Lorong Untuk Tahun Ni

Marhaban Lorong Untuk Tahun Ni | Actually ini adalah kali pertama untuk kami “bukak” rumah untuk Marhaban.Saja je umi nak cerita pasal marhaban ni hah..

Walaupun dah masuk tahun keempat kami menetap di rumah baru ni, baru tahun ni rasa nak bukak rumah. Kira memang tepat pada masanya lah.

Bila dah lama duduk sini, rasanya sesuai sangat lah kan, untuk jemput marhaban di rumah.Tapi untuk makan-makan dan jadi rumah yang menyediakan menu mungkin tidak pada tahun ni .Yelah, umi pun bekerja.So, memang tak sempat nak buat makan-makan kat rumah.

Marhaban tahun ni kena pulak pada hari selasa, so umi hanya sempat menyediakan makanan yang ringan-ringan.Biasanya marhaban taman atau lorong ni, akan menyediakan satu rumah untuk makan-makan kan.Rasanya semua tempat pun sama.

 

Jadi bila masuk rumah yang bukak untuk marhaban, selesai dari tu, mereka akan terus keluar.

Alhamdulillah, tertunai jugak hasrat nak bukak rumah tahun ni.Insyallah jika ada rezeki tahun hadapan, nak buat makan-makan pulak. Nak buat HOUSEWARMING pun masih terbengkalai lagi.Memang besarlah harapan umi nak buat kenduri untuk jemput rakan-rakan semua ke kenduri sempena rumah baru yang dah lama kami diami tu..hahahah…

 

doakan okeh!!!

 

Nilah menu simple yang umi sediakan untuk marhaban tu.Hanya kuih muih je untuk santapan malam tu,

Itu pun tak habis sebab mereka memang cepat je akan keluar setelah selesai marhaban.Maklumlah kan, pertama kali buat marhaban, jadi nanti kalau tahun depan bukak rumah lagi, mybe umi akan sediakan air dan duit raya sahaja kan.

Rindu pada Ramadhan, rindu pada syawal. Moga kita dapat bertemu dengan ramadhan dan syawal pada tahun hadapan..Insyallah.

 

 

Loading

3 Comments

  1. ehhh aku kepelikan.. tahun ni taman aku takde marhaban..lupa nak tanya makcik2 jiran hahaha

  2. Tahun ni takde rezeki nak masuk marhaban, sebab tuan tanah takde di JB hehehehe…meriah kalau marhaban ni kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *