Manfaat Aktiviti Menggunting Untuk anak-anak | Nak ajar anak pegang gunting di peringkat awal memang sukar, tetapi kita perlu juga mengajar mereka tentang teknik memegang gunting dengan betul.Bukan terus boleh nak gunting kertas.Jadi perlulah mengajar mereka dengan memberikan mereka menggunting benang dan straw.Berikan aktiviti menggunting yang boleh melatih mereka pegang gunting
Kalau dulu umi buatkan dia latihan yang umi ambil dari google iatu garis-gari putus yang pendek-pendek tu je.Proses nak ajar anak menggunting ni perlukan kesabaran.Bukan bagi gunting anak terus pandai menggunting.
TIPS AJAR ANAK MENGGUNTING
- Dapatkan gunting yang sesuai untuk mereka
- Ajar anak untuk tutup dan buka gunting sehingga mereka mahir
- Mulakan ajar anak menggunting play dough, straw atau kertas yang pendek-pendek
- Bila anak dah mahir bolehlah berikan mereka potongan yang lebih panjang
- Last sekali boleh la ajar mereka untuk menggunting mengikut bentuk.
Proses nak ajar anak menggunting ni memang makan masa sikit.Kadang-kadang sampai mereka stress nak menggunting.Kakak fiyah dah boleh dikatakan mahir jugaklah, tapi si Auni lah masih lagi belum mahir.Kena banyak lagi buat aktiviti menggunting untuk dia.
Actually menggunting ni ada manfaatnya tau.Jangan ada perasaan pada ibubapa untuk takut suruh anak pegang gunting.Kita sendiri kena guide mereka supaya mereka tidak tersalah menggunakan gunting.
Apakah manfaat aktiviti menggunting untuk anak-anak?
1. Melatih kemahiran motor halus anak. Ketika anak mengenal dan akhirnya menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka otot-otot tangan dan jari-jari tangan nya akan bergerak dan semakin kuat.
Berikan anak peluang untuk menyentuh, memegang hinggalah menggunakannya.
2. Meningkatkan rasa yakin dan percaya pada diri. Ketika mana anak berhasil untuk menggunting kertas, Ia akan menumbuhkan rasa kepercayaan terhadap diri mereka
Walaupun hasilnya tidak berapa cantik, berikan mereka pujian sebagai tanda penghargaan.
3. Mengenal pelbagai bentuk dan warna. Semasa anak sedang menggunting kertas warna, kenalkan anak pada warna tersebut.
Secara tidak langsung anak juga belajar pelbagai bentuk dan juga warna.
4. Belajar menggunakan kekuatan yang ada pada tangan. Ketika anak memotong kertas dengan gunting, mereka akan belajar bagaimana untuk menggunakan gunting pada tekanan yang betul.
5. Melatih kesabaran dan fokus anak semasa aktiviti menggunting dilaksanakan. Sebenarnya, hampir semua aktiviti melatih kesabaran dan fokus anak.
Sama juga ketika anak sedang menggunting, anak harus fokus, sabar ketika memotong kertas dan perlahan (berhati-hati).
Baca Juga : Aktiviti Mewarna
BUKU LATIHAN MENGGUNTING ini dihasilkan sebagai panduan kepada ibubapa, guru dan amalan kepada kanak-kanak tentang bagaimana menjalankan aktiviti menggunting secara bertahap atau mengikut proses yang betul.
Selain daripada latihan-latihan asas menggunting, aktiviti lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan Buku latihan menggunting ini iaitu aktiviti mewarna dan menggunting.
Dapat juga mengisi masa lapang, memberi ransangan kepada anak dan bonding dengan anak juga akan menjadi semakin baik. Satu perkara lagi! aktiviti-aktiviti seperti ini juga akan mengelakkan mereka daripada terpengaruh dan bergantung kepada gadget.
BUKU LATIHAN MENGGUNTING ini dihasilkan sebagai panduan kepada ibubapa, guru dan amalan kepada kanak-kanak tentang bagaimana menjalankan aktiviti menggunting secara bertahap atau mengikut proses yang betul
Aktiviti menggunting memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan yang mana setiap belah tangan melakukan tugas yang berbeza. Misalnya sebelah tangan memegang kertas dan sebelah tangan lagi memegang gunting.
Keistimewaan Buku latihan menggunting ini :
Selamat berhujung minggu dan beraktiviti dengan anak-anak!