MANDI MANDA DI LA STELLA THEME WATERPARK

MANDI MANDA DI LA STELLA THEME WATERPARK | Lama dok peram cerita mandi manda ni.Jadi untuk clearkan semua gambar di dalam phone, jomlah kita satukan dalam entry.

Rasanya cerita mandi manda ni pada hari raya tahun ni rasanya kan.Dah berapa bulan agaknya kan umi peram gambar ni.Kalau ayam dah lama dia bertelur.Ada gak hasilnya.Tapi dok peram gambar tak dak hasil.Memory phone penuh adalah.

Bila masing-masing beraya di rumah mak, hari raya keempat tak silap umi , adik beradik sepakat nak bawak anak-anak mandi kolam.Jadi umi suggest untuk ke La Stella Theme Waterpark yang terletak di Starhill Golf & Country  Kempas Lama Skudai.

Tempat ni dulu memang menarik, tapi mungkin disebabkan PKP terlalu lama, banyak yang terbengkalai.Tapi kalau diubah suai sedikit umi rasa mungkin lebih ramai.Yang datang hari tu pun ramai jugak tau.

Baca juga : Amansari Hotel Desaru

Kami pergi ke sini seawal pagi tau.Sebelum operation hours lagi.Jadi menunggulah kami office dibuka.Sebelum tu sempatlah meninjau tempat ni.Luas betul tau tempat ni.

Kat Starhill ni bukan hanya ada golf club tau,nak belajar main golf boleh, nak dining kat sini pun boleh.Nanti korang boleh tengok kat page mereka di sini.

Mak, adik dan adik-adik ipar.Ada lagi yang tak ada dalam ni.Yang lelaki takyah la masuk dalam gambar.

Kalau korang nak dapatkan tiket, boleh dapatkan kat office disini.Tak ingat tiket berapa, tapi rasanya hari tu RM15 kot, untuk child RM10.Sekarang ni umi rasa tiket dah naik sikit.

MANDI MANDA DI LA STELLA THEME WATERPARK

Memang cantik La Stella Waterpark ni korang.Lagi satu tempatnya sangat la luas.Ada 2 bahagian kolam iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.Yang untuk dewasa tu memang luas bebeno.Dia macam ada tepi laut gitulah.

MANDI MANDA DI LA STELLA THEME WATERPARK

Suka betul tengok suasana kat sini korang.Ni kira tempat yang dalam sikitlah.Umi memang tak berani nak ke sini.Sebab dok perhatikan budak-budak kat kolam renang lain,jadi tak boleh la nak syok sendiri.

Luaskan korang

MANDI MANDA DI LA STELLA THEME WATERPARK

Ni tempat kanak-kanak.Ada slide untuk diorang bermain jugak.Yang dewasa pun ada juga slide,memang best weh

Baca juga: Bermandi manda di Bayu Balau Beach Resort

MANDI MANDA DI LA STELLA THEME WATERPARK

Tengoklah budak-budak kemain seronok dapat bermandi manda.Umi je malas nak berendam sangat.Sebab umi ni jenis penakut.Bukan penakut air, tapi takut kalau jadi pape kat anak kita tak perasan.Risau weh.

Ada jugak masa umi datang kanak-kanak lemas.Boleh pulak dia ke tempat dewasa.Lepas tu tiada kawalan dari ibubapa.haish..Kami ni mampu melihat jelah sebab tak pandai nak berenang.

Baca juga : Homestay dan Hotel sekitar Kota Tinggi Johor

Korang, kalau la korang ternampak kanak-kanak dalam swimming pool tu pelik je, tolonglah alert ye.Pelik tu maksudnya nampak macam dia lemas ke, jadi takdelah kes mati lemas ke apa kan.

Sebab tu umi nak sangat anak-anak umi pandai berenang.Tengoklah kalau ada rezeki memang nak hantar anak ke kelas renang.Kalau dia dah pandai berenang, kita ni tidaklah risau sangat kan?

Kalau untuk makanan, memang tak dibenarkan bawa makanan ke dalam ni, cuma disediakan makanan disini.Tapi tu korang kenalah beli kan.Tapi pepaham ler kalau harga makanan kat sini.

Habis dah cerita pasal cerita mandi manda kat sini.Kalau untuk suggestion, umi memang recommend korang bawa anak-anak korang kat sini sebab tempatnya luas tau.

Alamat 

La stella Waterpark Starhill Golf & Country Club

Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama Skudai, 81330 Johor

 

Loading

1 Comment

  1. dulu namanya lain..tapi saya suka tempat ni..sebab ada kapal tu..rasa menarik betul..hehe.. Now nampak ada perubahan ea…rindu pulak zaman kanak kanak enjoy je datang sini… favourite place..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *