Mampu Throwback Parti kelawar JDT Blogger

Mampu Throwback Parti kelawar JDT Blogger

Mampu Throwback Parti kelawar JDT Blogger | Disebabkan sekarang ni tak boleh nak pergi mana-mana, nak stay hotel sekalipun, jadi umi mampu throwback cerita lama yang belum pernah umi cerita lagi di blog ni.

Parti Kelawar.Bukan parti arak ataupun parti yang boleh melalaikan kami semua.Parti sekadar suka-suka lebih kepada borak-borak dan makan-makan antara ahli-ahli jdtblogger.Yang bestnya confirmlah semua wanita.Kalau ada lelaki takkanlah kami ni nak berparti macam ni kan.

Of course memang kena reject dulu dengan en.suami kita tu.Tu pun sebab kami semua menginap di JO Hotel yang terletak di bandar Johor Bahru.

Kami ke sini pun atas urusan kerja sebagai blogger, jadi tak salah kan bergathering seketika sesambil berkongsi ilmu blogging antara kami.

Ni dok ambil nombor hadiah apa yang akan umi dapat masa bertukar-tukar hadiah..

Oh ya. korang boleh baca  pengalaman menginap di JO Hotel di Johor Bahru beberapa bulan yang lepas.Dan semestinya korang mesti cuba menu dari Bibik’s Kitchen yang sedap serendah RM35 untuk dua orang tu.

Kami menginap di Jo Hotel Johor Bahru selama 2 hari 1 malam.Jadi malam tu tak kemana, kami plan nak makan-makan dan berkumpul.Macam dah lama tak berkumpul dengan ahli-ahli jdtblogger ni kan.

Sebelum tu kami pernah la bergathering semasa sambutan hari raya aidilfitri.Memang meriah la masing-masing bawa makanan masing-masing dan berkongsi bersama.Skema betul ek ayat umi.

Semua tu korang boleh baca di entry-entry yang umi dah letak tu.Kalau dapat bergathering bawa family masing-masing dan cukup ahlinya pasti meriah kan?

So, untuk parti kelawar kami tu, sebelum tu pun si Hernee yang mencadangkan pakai baju kelawar masa malam tu.Yelah, yang join-join semua mak-mak.Eh tak!! ada dua orang yang masih belum berkahwin.Tapi majoritinya adalah mak-mak.

Jadi memang sesuailah kalau tema parti kami tu bertemakan baju kelawar.Masa ni lah dapat ber ME TIME dengang kawan-kawan kan.Satu hari je pun.

credit pic : sunahsukasakura.com

Malam tu kami hanya buat makan-makan yang kami order dari luar dan yang paling best adalah part tukar-tukar hadiah.Tapi umi dah lupa pulak hadiah apa yang umi dapat.hahaha..Yelah, lama kan terperam entry ni.

Sebelum gambar-gambar berpindah ke lain channel, maka kita kena clearkanlah gambar-gambar tu untuk disimpan di dalam blog umi ni.Banyak sangat gambar, tapi ini je yang umi boleh letak dalam blog ni.Yang lain umi simpan dalam hati je..hahahah

Terasa rindu pulak dengang diorang ni.Lama dah tak jumpa sejak PKP ni.Kalau tak ada je peluang untuk jumpa mereka-mereka ni.Selalunya kami jumpa pun masa food review.

Semoga cepatlah berakhir wabak ni.Sekarang ni nak kemana-mana pun takut.Tak sihat sikit pun dah takut.Sampai anak-anak nak keluar main pun umi tak kasi.Yelah, kita tak taukan siapa pembawa.Jadi selagi boleh kita elak, sepatutnyalah elak.

 

 

Loading

2 Comments

  1. Tiber pagi ni macam nak beli KFC le pulakkk hahahaha

  2. Author

    i baru lepas pi beli semalam sebab tengok throwback ni lah…hahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *