MALAYSIA #QURANHOUR UMMAH BERBUDI & PENYAYANG 29 Zulhijah 1440 H/ 30 Ogos 2019 | Jom sama-sama sertai Quran Hour pada 30 Ogos 2019 ni ye.So save the date.
MALAYSIA #QURANHOUR UMMAH BERBUDI & PENYAYANG 29 Zulhijah 1440 H/ 30 Ogos 2019
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas melangkah ke tahun kelima dalam penganjuran Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2019. Ia diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019.
Penganjuran Malaysia #QuranHour merupakan sebuah kempen “MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah” dengan mengajak rakyat Malaysia yang berada di dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal sebagai kerangka fikir bangsa yang merdeka.
Pada tahun 2019 ini, Surah Al-Kahf dipilih sebagai surah tema yang membawakan panduan untuk menghadapi cabaran akhir zaman. Pada World #QuranHour yang lepas, dalam gerakan berinteraksi dengan al-Quran di seluruh dunia, Surah Al-Kahf telah dikupas dalam konteks 4 kisah yang merujuk kepada 4 cabaran utama serta solusi berpandukan al-Quran iaitu; cabaran Iman, cabaran Harta, cabaran Ilmu dan cabaran kuasa.
Menjelang kemerdekaan Malaysia kali ke-62 ini, Surah Al-Kahf ini akan terus dipasakkan sebagai pesan kemerdekaan berpandukan 10 ayat akhir Surah Al-Kahf dan kaitannya dengan 10 ayat awal. Daripada sini, terdapat 9 pesan utama buat warga Malaysia yang merdeka agar berpegang teguh kepada nilai-nilai yang ada di dalam al-Quran.
Misi Al-Kahf 2019 diteruskan melalui penganjuran kali ini dalam usaha menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia tentang perubahan kerangka minda yang merdeka berteraskan Surah Al-Kahf . Cabaran dunia di era globalisasi memerlukan solusi; dan boleh ditangani melalui intervensi Ilahi melalui panduan dari al-Quran.
Surah Al-Kahf antara lainnya menfokuskan kepentingan syukur dan kehidupan akhirat yang lebih kekal berbanding kesenangan di dunia. Al-Quran yang ditadabbur adalah sumber hikmah dan penghayatan melalui tazakkur dapat menjadikan nilai-nilainya sebagai tindakan pelaksanaan yang dapat dikongsi secara harmoni oleh rakyat berbilang bangsa dan agama seperti dalam negara Malaysia.
Usaha ini diharapkan dapat membawa masyarakat agar menjadikan al-Quran dan nilai yang diperolehi daripadanya sebagai solusi dan cara hidup seterusnya konsep Rahmatan lil Aalamiin dapat menjadi teras kepada kesepaduan ummah di Malaysia secara khususnya dan di seluruh dunia secara umumnya.
Kemerdekaan yang dikemudi berpandukan nilai dengan petunjuk dari al-Quran akan berupaya memperkasa dan menggilap potensi setiap individu dalam masyarakat yang akhirnya, akan mewujudkan sebuah Negara yang Berbudi dan Penyayang, InshaAllah.
Malaysia #QuranHour yang dianjurkan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menyaksikan kolaborasi Media terutamanya Astro Oasis bersama rakan-rakan sinergi terdiri daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan, sektor korporat, institusi pengajian, organisasi dan individu bersolidariti bersama al-Quran tanpa mengira status politik, ekonomi dan sosial.

KEMPEN QURAN HOUR 30 OGOS 2019
jommmm
ajom…save the date ye