Malam nisfu Syaaban doa dan amalannya | Kita dah pun memasuki malam nisfu syaaban yang bemaksud separuh daripada bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban ini merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar
Seperti yang korang sedia maklum, malam nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan oang-orang muslimin selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru.Malam Nisfu Syaaban ni sangat istimewa bagi umat islam tau.Kenapa? Meh kita tengok mengapa malam nisfu syaaban itu begitu istimewa
Mengapa Malam Nisfu Syaban itu Istimewa
Banyak kelebihan malam nisfu syaban ini yang perlu kita ketahui.Antaranya adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Apakah Amalan yang perlu dilakukan pada Malam Nisfu Syaaban
#1 Puasa Sunat
Ambil peluang untuk memperbanyakkan puasa mengikut sunnah Nabi Muhammad saw di bulan Syaban,
Baca juga: Himpunan doa penenang hati
#2 Membaca Surah yasin
Nabi Muhammad saw menggalakkan umatnya membaca al-quran.Setiap huruf diberi ganjaran pahala berganda,Surah Yasin adalah satu surah dalam al-quran
#3 Berdoa
Nabi Muhammad saw mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin.Allah swt memerintahkan hambanya berdoa nescaya Allah swt memperkenankan doa mereka.Masa nilah kita perbanyakkan berdoa moga diampunkan segala dosa, insyallah doa yang baik-baik dapat yang baik-baik.
#4 Mengadakan Majlis kenduri
Nabi Muhammad saw mengalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturahin,Kenduri juga merupakan perhimounan sanak keluarga.
#5 Bertahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir Lailaha illallah, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah S.W.T terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Tegasnya amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukan pada bulan Sya’aban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.
Doa Nisfu Syaban
Jom kita amalkan di malam hari yang istimewa ini untuk kita merebut segala pahala yang ada.
Salam Nisfu Syaaban untuk korang.terima kasih kerana membaca Malam nisfu Syaaban doa dan amalannya
Salam Nisfu Syaaban akak!
Terima kasih atas perkongsian 🙂
alhamdulillah. perkongsian yang bermanfaat.