Maksud Keseluruhan Bacaan Dalam Solat

Maksud Keseluruhan Bacaan Dalam Solat

Maksud keseluruhan bacaan dalam solat | Solat merupakan Ibadah wajib bagi kita sebagai umat islam.Tetapi dalam kita mengerjakan solat, adakah kita mengetahui makna keseluruhannya?

Dah tentunya bila kita melakukan solat, bila kita faham apa yang kita baca, pasti solat kita lebih khusyuk.Kia akan menghayati makna-makna yang kita sebutkan dalam solat.Barulah kita mendalami apa yang kita sebutkan dalam solat harian kita.

Kalau kita sebelum ni tak ambil tahu, jadi tibalah masanya untuk kita ambil tahu supaya solat kita lebih khusyuk.

MAKSUD KESELURUHAN BACAAN DALAM SOLAT

Maksud Keseluruhan Bacaan Dalam Solat# Takbiratul-ihram

 

Allah maha besar

# Doa Iftitah

Allah maha besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang yang musyrik.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepdaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang islam.

# Al-fatihah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yanng engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

# Bacaan ketika Rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha besar dan dengan segala puji-pujianNya.

# Bacaan ketika bangun dari Rukuk : Iktidal

Ya Tuhan kami, bagiMu segala puji.Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.

# Bacaan ketika Sujud

Maha suci Tuhanku yang maha tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

# Bacaan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, tutupilah aib-aibku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, sihatkan daku dan maafkanlah akan daku.

# Bacaan Ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

baca juga : Amalan untuk wanita ketika haid

 

# Bacaan Ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Alah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas ibrahim dan keluarganya sebagaimana Engaku berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi maha Agung.

# Memberi Salam Ke Kiri dan kanan

Sejahtera ke atas kami dan semoga dicucuri rahmat Allah

# Doa Qunut Untuk Soalt Subuh

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebvagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engaku sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan. dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain dari Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanmu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Salam sejahtera ke atas kami beserta rahmat Allah.

 

itulah dia maksud keseluruhan bacaan dalam solat yang perlu kita ketahui.Semoga bermanfaat.umi kongsikan dari buku Amalan harian wanita bahagia dan berjaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.