Makin Lama Terasa Waktu berlalu

Assalamualaikum
Sedapnya lah kalau petang -petang nie boleh menikmati secawan kopi dan sepinggan kuih..Relaks kan minda di taman kecil…tetiba verangan petang-petang ni..Sesungguhnya aku memang kuat Verangan..kata En, husband la…Ala..mula-mula verangan dulu..mana tau nanti jadi betul kan..
curik google
Kalau ikutkan aku dah balik nie.Tapi saja nak buat kerja lebih masa sikit..Dapat jugak topup untuk bulan depan..Sebabnya masuk buku baru aku dah ambil cuti 4 hari..hadoii..tuler padahnya AL dah takde..kenalah potong gaji..aiiiyakkk…
Bila dah masuk selasa nie,semakin hari semakin lambat pulak masa berlalu..Bila dah tak banyak kerja,ececeh…tulah masanya aku blogwalking..singgah-singgah petang menikmati keindahan blog rakan-rakan…Jeles sey blog mereka cantik..yang penting hasil kreatif mereka sendiri merekacipta blog mereka..
Dulu konon bagitahu kat en.husband tamo kerja..nak jadi blogger sepenuh masa…Konon!!!..Tapi tak mustahil suatu hari nanti aku akan dok rumah jadi suri rumah sepenuh masa selain aktiviti blogging ni..Mana tau mampu menjana pendapatan..En,Husband pun dah bagi greenlight kalau dia dah boleh settlekan semua hutang piutang,nak suruh Mrs.Suri nie dok rumah…jaga makan pakai dia jerk…muahaha…
Nak sruh berniaga secara online kononnya..Insyallah..harap boleh di realisasikan satu hari nanti…Duduk di bandar nie mana nak cukup kalau sorang je bekerja..Kalau takat makan pakai aku insyallah,dia boleh..tapi bila fikirkan keselesaan untuk kami,mana tau insyallah untuk anak-anak kami pulak..Mestilah nak sediakan semua tu untuk mereka..So dari muda nie kena kerja keras sikit..
Macam makin lama,dah makin jauh dari tajuk entry..Korang layan jelah entry merapu aku nie ye..
Isteri-isteri yang lain macam mane..ada plan nak jadi suri rumah sepenuh masa ??

Loading

19 Comments

  1. dok bandar 2 org keje senang skit la. sorang keje hidup ala kadar je ler jgn melebih lebih plak

  2. takpa kerja time muda-2 ni.. bila dah kewangan stabil boleh la jadi fulltime housewife..:)

  3. bekerja dari rumah lebih fleksibel kan kak..

  4. terpulang kpd individu la kan. ramai yang bekerja snri di umah tu lebih bnyk dt dari yg makan gaji ^_^

  5. dimana ada usaha disitu ada rezekikan aida..yang penting kita mesti suka dengan apa yang kita buat..

  6. skrg deno jadi blogger sepenuh masa.. nak keje susah dapat sbb sakit deno ni… sabo je la…

  7. kalau maintenance rendah boleh je jadi fulltime hwife :p ni kalau makeup pun mahal, susah sikit la husband kan 😉

  8. Itu adalah impian saya. Bila bakal suami dah stabil dari segi kewangan, baru lah boleh jadi suri rumah. Blogger sepenuh masa jugak. Hehe

  9. Tak pe susah susah sikit masa muda ni.. esok2 boleh goyang kaki je. Ins haa Allah sama sama doakan macam tu..

  10. suami mana yg tak suka kalau isteri bleh duk rumah jaga anak2 tapi sambil tu boleh jana pendapatan.. hehehe

  11. Sesudah berkahwin, Kak Ain jadi surirumah sepenuh masa. Bukan tak teringin nak bekerja, tetapi waktu itu ada double standard untuk wanita yang bertudung. Dulu-dulu bila apply kerja kena masukkan gambar sekali. Apa pun tetap bahagia dan berbangga menjadi surirumah. Yang penting tambah pengetahuan selaras peredaran waktu. Kalau nak tahu akak memang buta It. Semuanya bermula dengan mencuba.

  12. akak setakat nih dah 2 tahun jadi full time housewife. alhamdulillah, berkat bimbingan suami, akak buka bisnes ONLINE n sekali gus dapat membantu suami. memang inilah pilihan terbaik akak…sis doakan akak murah rezeki yew…aminn…;)

  13. KALAU SAYA BERGAJI BESAR, DAH LAMA SAYA MINTA ISTERI SAYA BERHENTI KERJA.. 🙂

  14. In shaa Allah.. semoga tercapai segala yg diinginkan.. aamiin..

  15. saya pun teringin nak jadi blogger sepenuh masa kak

  16. nak sgt jd suri sepenuh masa..sbb skrg pon suri jugak + bekerja..mmg penat
    tetapi..sape nk bayor ptptn den..uhuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *