Makanan Yang membantu tidur lebih lena

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Siapa ada masalah tak boleh lena tidur macam aku?cer korang angkat tangan.Eh…aku tak tau pulak tau memakan makanan ni boleh membantu kita lena tidur.Memang tak tau.Tapi bila aku ada terbaca tentang makanan yang boleh bantu kita untuk tidur lebih lena ni,nak jugak tahu kan apa makanan tu.

Mana tau boleh membantu untuk aku lena tidur.Aku terbaca di majalah keluarga tentang makanan yang membantu tidur lebih lena.Jom tengok apa makanan tu.

1.Kacang Badam

Selalu memang kita tak ambil tahu kan akan kelebihan badam ni,tapi kalau korang nak tahu,Nutrisi yang terdapat pada badam ni,dipercayai membantu kita untuk melenturkan otot-otot tubuh dan saraf badan otak punca kepada insomnia.Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada badam mampu menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur.Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti,kita kena amalkan makan kacang badam sekurang-kurangnya 5-7  butir setiap hari.Aku memang tak sangka badam ni boleh bantu mereka-mereka yang payah nak tidur macam aku.So memang wajib amalkan ni.

2.Buah Pisang

Bagi seseorang yang ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam,disarankan mengamalkan pengambilan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur.Di dalam pisang,terdapat kalium,magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur.Kajian juga mendapati,pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.

3.Telur Rebus

Telur rebus??? Macam tak percaya kan..Sebab salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan kekurangan protien.Jadi untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti,kita perlu memastikan badan mempunyai nutrisi protien yang cukup.Salah sumber protein tinggi yang paling mudah untuk di dapati adalah telur.


4.Buah ceri

Siapa tak tahu,buah ceri sebenarnya mempunyai banyak manfaat tau untuk kesihatan.Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti.Segelas jus ceri diminum sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.

Selain makanan-makanan yang aku sebutkan di atas ni,kita haruslah mengamalkan hidup yang sihat seperti bersukan,pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak.Apa yang aku tahu,kurangkan makanan bergula pada malam hari.Untuk lebih bertenaga keesokan harinya.

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

3 Comments

  1. thanks for info ..hehe selalu makan pisang pagi je..3 jam nak tidur pun boleh makan ye..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *