Makanan wajib dipesan bila berada di Penang

Makanan wajib dipesan bila berada di Penang

Kalau ke Penang, memang tak sahlah kan tak mencuba makanan sedap di penang ni.Rasa rugi pula bila datang jauh-jauh tak mencuba makanan tu semua.Nak tau Makanan wajib dipesan bila berada di Penang?

Kalau dulu umi ada ceritakan makanan enak sekitar KL, sekarang ni umi nak cerita pulak makanan di Penang ni.Boleh dikatakan Penang merupakan bandar yang paling meriah dengan makanan.Sebut je makanan apa yang korang nak semunya ada.Tapi perlu korang tahu terdapat banyak makanan yang sedap di Penang yang perlu korang cuba.Tapi tulah kadang-kadang kita tak sempat kan nak pergi ke sesuatu tempat makanan yang sedap di Penang kan?

Jangan risau sebab food delivery Penang sangat-sangat membantu korang bila korang tiba di sana.Jadi takde masalah kalau takde masa nak ke tempat-tempat makanan viral di Penang tu ye.Kalau dulu umi ada ceritakan tempat 

Tapi sebelum tu haruslah korang tahu makanan yang perlu korang pesan bila berada di Penang.Umi senaraikan makanan wajib dipesan bila berada di Penang dibawah ni supaya bila korang di sana, korang boleh mencuba makanan-makanan tersebut ye.

 

 

1O MAKANAN MENARIK DI PULAU PINANG WAJIB KORANG CUBA

Jom tengok apa makanan-makanan yang sedap yang patut korang cuba.

1# NASI KANDAR

Makanan wajib dipesan bila berada di Penang

(credit to : vkeong.com)

Kalau ke Penang, sangat-sangatlah rugi kalau korang tak mencuba Nasi Kandar asli Penang ni.Banyak restoran Nasi kandar di Penang dan salah satu tempat yang paling mendapat perhatian pengunjung apabila ke sana adalah Nasi Kandar Kampung Melayu.

Nasi Kandar Kampung Melayu terletak di deretan Kedai flat kos rendah di Kampung Mlelayu.Telah beroperasi sejak tahun 1970  sehingga sekarang.Apa yang istimewa pada restoran ini adalah kuah karinya yang dihasilkan dengan menggunakan bawang dan rempah kari giling yang banyak.

Terdapat 15 pilihan lauk pauk yang ada seperti kari kepala ikan, kari ayam, ayam ros, rendang daging dan banyak lagi.

2# CENDOL

cendol penang

Dapat pekena cendol time panas-panas memang sedap kan?  Satu lagi pencuci mulut yang terbaik di Penang ni korang boleh dapati di sana tau.Tak sah lah kan kalau ke Penang tak mencuba keenakkan cendol di Penang Road Famous Teochew Cendol.

Cendol yang cukup manis berlemak sangat menyejukkan tekak yang kering.Cendol  Penang  Road ini telah beroperasi dari tahun 1936.

3# PASEMBUR

pasembur

(credit to : penangfoodie)

Selalu disebut-sebut oleh mereka yang  ingin ke Penang.Ianya menjadi sebutan dan antara di dalam list tempat makan yang wajib singgah bila korang berada di Penang kan?

Tak tau apa itu pasembur? Ia adalah makanan yang Salad mlaysia- India yang mempunyai timun,  gurita goreng, kentang, taugeh. lobak, udang goreng, ketam goreng dan ianya dicampur bersama dengan sos merah pedas.Makanan patut cuba bila di Penang ni tau.

Banyak tempat yang menjual Pasembur di Penang dan salah satu tempat yang menyediakan sajian pasembur ini adalah di Kareem Pasembur, Gani Pasembur  dan juga Pasembur di Pasar Lebuh Cecil.

4# LAKSA PENANG

laksa penang original

Haruslah pekena laksa penang asli kan bila korang berada disini.Memang tak sama yang dijual di negeri-negeri lain.At least korang kena cuba juga makan laksa penang ni tau.

Tempat yang  popular yang menjual laksa penang adalah di Air Hitam Market Laksa, Penang Road famous laksa dan juga Cafe Ko cha di Balik Pulau.

5# CHE CHEONG FUN

CHE CHEONG FUN

Ini juga menu wajib yang perlu korang cuba apabila disini. Ramai yang mengatakan menu adalah salah satu menu yang dicari apabila korang berada di Penang.

Che Cheong Fun adalah mee beras yang panjang dipotong kecil-kecil dan disajikan dengan pelbagai jenis sos.Di Penang, makanan ini di makan dengan sos cili merah, tetapi di bandar lain seperti di Ipoh, hidangan ini disajikan dengan kari atau sos cendawan.

Tempat yang korang boleh dapatkan Che Cheong Fun ni adalah di  Che Cheong Fun di Sungai Penang, Seow Fung Lye Cafe dan  Genting Cafe.

6# CHAR HOR FUN

CHAR HOR FUN

Hidangan lain dari yang lain yang susah korang nak dapat di tempat-tempat lain.Hidangan yang dicampur dengan nasi dihiasi dengan udang segar, kepingan ayam atau daging lembu dan potongan choy sum- sayur berdaun hijau.Hidangan ini amat popular di Penang yang dikenali sebagai  me tan- wat sut telur.

7# KARI KEPALA IKAN

kari kepala ikan

kredit to : yanieyusuf

Di Penang memang terkenal dengan kari kepala Ikan.Mereka yang meminatinya pasti takkan melepaskan peluang untuk mencuba kari kepala ikan ni.Di mana nak dapatkan kari kepala ikan yang sedap di Penang ni?

Terdapat 3 tempat yang umi nak senaraikan menjual kari kepala ikan yang begitu popular di Penang ni.Antaranya adalah Medan Selera Taman Free School Medan Selera, Restoran 77 kepala ikan kari terkenal dan gerai kari kepala ikan @ kedai Kopi Tian Lai.

8# KAKI AYAM

kaki ayam kicap

Jarang kan dengar menu kaki ayam ni.Tetapi tidak mustahil bila korang berada di Penang ni tau.Kaki ayam yang direbus empuk ini di masak dalam kicap pekat .Cara makan pun berbeza tau.Jadi menu ni wajib korang cuba apabila di sana.

Korang boleh dapatkan menu kaki ayam istimewa ni di Sky Emperor Chicken Feet & Koay teow Soup, Stall at Goodall Cafe dan Stall di Kaunter Hall Tua Pek Kong Hawker Centre.

9# NASI LEMAK

Makanan wajib dipesan bila berada di Penang

 

Nasi lemak di mana-mana Negeri ada.Tapi setiap Negeri berlainan rasa sambal dan citarasa.Apa kata korang cuba nasi lemak di Penang ni.

Antara tempat yang terkenal dengan kesedapan Nasi lemaknya ialah di Ali Nasi lemak daun pisang, nasi lemak Liverpool dan juga Projek Nasi lemak.

10# CHAR KUEY TEOW

Makanan wajib dipesan bila berada di Penang

Ini adalah makanan yang disenaraikan perlu korang cuba apabila di Penang.Korang pun taukan betapa sedapnya char keuy teow ni.

Antara tempat char kuey teow yang popular adalah di Sungai Dua, Sany Char Kuey Teow dan beberapa tempat lagi yang korang boleh google tempat makan Char kuey Teow sedap di Penang

Cukup 10 makanan sedap di Penang.Jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan yang sedap ni.Kalau tak sempat korang nak terjah satu-satu tempat boleh je dapatkan khidmat penghantaran terus ke tempat anda.

Antara perkhidmatan penghantaran makanan yang mudah korang dapati di Penang adalah dengan menggunakan perkhidmatan Foodpanda.Memang mudah dan cepat dengan menggunakan perkhidmatan mereka.Sungguh mudah nak dapatkan makanan yang kita inginkan tanpa perlu keluar mencari makanan yang kita nak.So, inilah Makanan wajib dipesan bila berada di Penang.

 

Mudah kan?

 

 

 

 

Loading

7 Comments

  1. semua makanan sedap2..femes penang nasi kandarlah kan..

  2. Dulu pergi Penang, masa tu la rasanya fes time try pasembur.. Sedapnyaaaa

  3. Pasembur dan nasi kandar. Nak sedap mmg kena makan kat penang.

  4. Mmg favourite kalau ke penang.. Laksa dgn pasemboq je la.. Rindu nak pi penang

  5. Dlu pergi penang xsmpat rasa smua mknan sdp2 rugi sgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *