Walaupun belum disahkan menghidap penyakit diabetes dan memerlukan ubat-ubatan kita masih perlu berjaga-jaga khususnya tentang pemakanan.Apa yang boleh di makan dan apa yang tak boleh dimakan oleh pesakit diabetes.Di bawah ini adalah senarai makanan untuk pesakit diabetes.
Para penghidap pesakit diabetes mesti risau untuk mengambil sebarang jenis makanan kan? Apa taknya risau jika kadar diabetes naik mendadak.Dan di takuti juga kan boleh mengakibatkan pemotongan abdomen.Nauzubillah.
Tahukah korang terdapat banyak jenis makanan yang berkhasiat untuk pesakit diabetes ni.Ada banyak jenis buah dan sayur yang sedap seeta boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak, namun masih lagi mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Apa yang penting adalah cara kita kawal tahap gula di dalam darah.
MAKANAN TERBAIK UNTUK PESAKIT DIABETES
1.Buah Beri
Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakana antara makanan yang berkhasiat untuk pesakit kencing manis.Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, fiber dan juga antioksidan.
Walaupun buah beri ni manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis.
2.Sayur Bayam kawal kadar gula dalam darah.
Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti Vitamin C, Mineral dan Phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.
Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak.
Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan 2.
3. Makan Epal untuk elak dari jumpa doktor
Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk kita dapatkan.Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolestrol.
Sejenis fiber yang dikenali sebagai pektin boleh melkat pada partikel kolestrol dalam perut menghalangnya daripada memasuki salur darah.
Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya.Oleh itu jangan amalkan tabiat kupas kulit buah epal.
Sebiji epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individe yang ingin diet.
4. Jangan lupa makan brokoli
BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis.
Brokoli mengandungi sulforaphone, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.
Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
5.Cuba makan buah aprikot.
Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal.
Namun, kandungan fiber dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.
Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi.Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.
6.Kubis bunga makanan terbaik untuk pesakit diabetes.
Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C.
Tambah lagi indeks glimesik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.
Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripda 5 gram karbohidrat.Oleh itu anda bebas untuk makan sayur ini sebanyak manapun yang anda mahukan.
7.Makan lebih banyak buah Oren
Buah oren merupaka nsalah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang.Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori.
Di samping itu buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.
Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap jika di buat jus.Sehari cukup pengambilan buah oren untuk diri kekal sihat dan cukup vitamin
PESAKIT DIABETES PERLU PILIH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN
Jika anda menghidap diabetes, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan.
Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tingi.
Selain membuatkan kencing manis jadi makin teruk, anda juga mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap penyakit lain seperti sakit jantung dan juga obesiti.
Info lanjut : Hello Doktor
Untuk lebih baik bagi pesakit diabetes ini adalah cuba bertukar kepada Beras Parboiled yang sememangnya bagus untuk mereka.
Â