MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Makanan Ibu Mengandung Sepanjang Kehamilan

Makanan Ibu Mengandung Sepanjang Kehamilan |Bukan sahaja ibu-ibu sahaja kena ambil tahu tentang makanan untuk ibu mengandung, para lelaki kena juga ambil tahu khususnya mereka yang bergelar suami.

Semasa kita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk kita memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan janin. Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita. Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini. Elok minum susu yang kurang manis dan gula tak berlebihan sepanjang 3 trimester kehamilan.

Betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada suami isteri yang dianugerahkan anak anak. Kehadiran cahaya mata bukan saja menyerikan rumah tangga, malah mereka juga menjadi ladang pahala selepas kita tiada lagi di dunia. Kelebihan yang diberikan islam kepada wanita adalah dari segi hak menjaga anak semasa perkahwinan dan juga selepas perceraian. Agama islam menuntut setiap penganutnya supaya memelihara nasab keturunan yang baik, dan salah satu caranya adalah melalui konsep Maqasid al-Syariah yang terkenal iaitu hifz al-nasl. “Hifz al-nasl” boleh diertikan sebagai penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan keturunan manusia di atas muka bumi ini. Penjagaan keturunan ini wajib dijaga dari kedua dua aspek rohani & jasmani untuk memastikan kelangsungan tujuan manusia diutus ke muka bumi iaitu sebagai khalifah yang mentadbir alam ini menurut undang undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Penting untuk kita menjaga sistem kekeluargaan islam supaya anak-anak yang lahir melalui suami dan isteri yang halal, bukan daripada hubungan zina, pemberian nafkah yang halal dan tempat berteduh berupa kediaman yang selamat.

 

[Baca Juga : Tips Minum Air Gula Bagi Wanita Mengandung ]

Jom baca artikel di bawah ni supaya kita mempunyai ilmu dalam pemakanan ibu sepanjng tempoh kehamilan

 

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu perlu elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi garam dan makanan yang terproses.Ibu juga kena jaga diet pemakanan dan perlu mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi bagi melengkapkan perkembangan bayi di dalam perut.

Di bawah ini adalah senarai makanan yang dijadikan amalan berdasarkan kajian sains bagi ibu yang mengandung.

1. BUAH-BUAHAN

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Makanan yang banyak perlu ibu-ibu yang hamil ambil adalah buah-buahan kerana buah-buahan sangat penting kerana ia membekalkan Vitamin, Mineral, serat yang penting untuk mengelakkan dari si ibu mengalami sembelit.Buah-buahan juga membantu mengatasi morning sickness.

Antara buah-buahan yang bagus diambil semasa ibu mengandung adalah:

Kurma

Di dalam kurma terdapat mineral, vitamin, serat dan anti-oksidan lengkap yang memenuhi keperluan tubuh badan setiap hari terutamanya untuk mereka yang mengandung.

Kurma sangat membantu untuk sihat dan segar semula kerana kandungan gula yang ringkas dapat membekalkan tenaga dengan segera.

Kurma kaya dengan kandungan mineral yang baik untuk kesihatan sistem saraf ibu dan bayi di dalam kandungan.Kurma membantu untuk menambahkan darah, menguatkan tulang dan mengawal kenaikkan berat badan semasa mengandung.

Buah Tin

Buah Tin memjadi pilihan ramai ibu mengandung dan  antara buah yang sangat baik dimakan dalam keadaan segar atau kering.Antara khasiat buah tin ini ia dapat menjaga sistem penghadaman dan membantu membuang toksin dari badan.

Serat yang terdapat dalam buah tin membantu usus menyerap makanan dengan lebih baik.Buah tin ini juga dapat mengawal tekanan darah agar bacaan darah cantik setiap kali mendapatkan pemeriksaan bulanan.

2.MADU ASLI

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Makanan yang perlu diambil oleh ibu mengandung juga adalah madu asli.Madu ni adalah makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah dan juga makanan para ahli syurga.

Ia sangat baik untuk ibu mengandung kerana di dalam madu terdapat Enzim, vitamin, mineral, Pinocembrin iaitu bahan antioksidan yang membantu meningkatkan fungsi otak ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.Sebatian aktif lain yang membantu untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan mencegah kanser.

3.MINYAK ZAITUN

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Selain diamalkan untuk mengurangkan kadar kolestrol, minyak zaitun juga diperlukan oleh ibu-ibu mengandung.Minyak zaitun kaya dengan polifenol iaitu sejenis antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan.

Minyak zaitun juga mempunyai asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6.

4.KISMIS

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Kismis antara makanan yang tinggi dengan vitamin, riboflavin, folat dan boron yang membantu meningkatkan fokus, koordinasi tangan dan mata ibu mengandung.

Antara kebaikkan kismis adalah :

  • Dapat meningkatkan memeori.
  • Mengurangkan tekanan
  • Menambah darah merah
  • menjaga kesihatan jantung
  • melancarkan peredaran darah
  • meningkatkan kesihatan dan fungsi otak.

5. SAYURAN HIJAU

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Sayuran hijau kaya dengan vitamin dan zat besi.Semasa tempoh kehamilan, terutamanya pada trimester pertama di mana janin sedang membentuk, zat besi adalah antara nutrien yang sangat ibu perlukan untuk  pembentukan hemoglobin dan dara.

Pengambilan sayur hijau seperti sawi, kailan, kangkung, bak choi dan sebagainya,  dapat mengelakkan anda mengalami masalah anemia atau kekurangan darah semasa mengandung.

Sayuran hijau dapat membantu memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan terutamanya bagi ibu yang mengandung yang mengalami alahan teruk.

6.MAKANAN YANG KAYA DENGAN FOLAT

Folat atau asid folik merupakan antara kumpulan nutrisi dari vitamin B kompleks yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia dan perlu diambil secara diet makanan.

Ibu yang hamil memerlukan dua kali ganda keperluan folat berbanding ibu-ibu biasa.Folat sangat diperlukan untuk proses selular, DNA dan sintesis asis amino untuk keperluan perkembangan bayi.

Antara makanan yang kaya dengan folat :

  • Kekacang
  • Bayam
  • Brokoli
  • kobis bunga
  • Yogurt

7. PRODUK TENUSU

MAKANAN IBU MENGANDUNG SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Sangat bagus diambil oleh ibu mengandung kerana produk tenusu membekalkan protein dan kalsium yang sangt diperlukan semasa mengandung.

Antara produk tenusu yang boleh diambil setip hari adalah susu segar, keju dan yogurt.Fungsi utama protein dan kalsium kepada ibu mengandung adalah :-

  • Memastikan pertumbuhan bayi terutamanya tulang dan gigi berjalan dengan baik.
  • Ibu tidak mengalami masalah kekurangan protein dan kalsium
  • Mengelakkan ibu mengalami osteperosis.
  • Mengelakkan gigi ibu mereput dan rambut gugur.

Itulah antara makanan-makanan yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung bagi memastikan anak dan ibu dalam keadaan sihat sbelum dan selepas bersalin.

Apa yang penting dijaga adalah kesihatan ibu dan anak dan pastikan kita mengambil makanan-makanan yang sihat ini untuk yang tersayang.

Loading

5 Comments

  1. Tips yang menarik buat bakal ibu-ibu sekalian. Tak kira berapa kali ngandung pun harus jaga pemakanan. barulah lahir generasi yang sihat dan kuat. ^^

  2. Kalau dulu berpantang, takde amik kisah bab menu berpantang sebab memang dah tau dah akan makan menu apa hahahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *