MAKAN STEAMBOAT DI MUARA STEAMBOAT & GRILL SENIBONG

muara steamboat & grill senibong.3

MAKAN STEAMBOAT DI MUARA STEAMBOAT & GRILL SENIBONG | Hari tu memang sesi memenuhkan perut agaknya.Lepas makan tengahari kita makan malam pulak

Pagi tu umi dah keluar makan dengan babah dan anak-anak.Lunch pulak umi keluar makan dengan dak-dak JDT Blogger.Dan petang tu boleh pulak kami setuju nak makan steamboat dekat Muara Steamboat & Grill di Senibong.Sampai sesat si Sis Lin dengan Sunah.Ingatkan umi dan Syu dah salah tempat.

Serius masa nak masuk ke Muara Steamboat & grill ni memanglah, eh! betul ke tempat ni.Sebelum sampai ke Muara ni memang nampak beberapa kedai Non halal kat sini.Ingatkan Muara Steamboat & Grill ni pun termasuk juga dalam kategori non halal.

Tapi bila masuk ke dalam restoran ni,hati dah terpaut dengan keunikkan yang ada kat sini.Nak tau apa yang unik dan best, kena baca entry ni sampai habis ye.

Korang jangan risau sebab kat sini diorang menyediakan makanan halal.Chef-chef mereka pun orang-orang kita.Bila datang sini korng boleh tengok chef-chef ni memasak sebab dari jauh boleh nampak chef yang sedang memasak tu.

Dekat sini ada pilihan bahagian tempat makan yang korang boleh pilih samada nak makan di dalam, di dalam bilik yang ada privasi dan juga diluar.Umi suka makan kat luar sebab boleh tengok juga pemandangan kat luar yang menyenangkan.

MAKAN STEAMBOAT DI MUARA STEAMBOAT & GRILL SENIBONG

Ini bahagian kat dalam 

MAKAN STEAMBOAT DI MUARA STEAMBOAT & GRILL SENIBONG

Yang ini pulak bahagian kat luar yang menghadap muara laut

 

Dan ini pulak dibahagian dalam bilik VIP PRIVATE ROOM iaitu Breast Room dan juga Belly Room serendah RM1200  dimana korang boleh la buat majlis-najlis harijadi ke, majlis perpisahan dan apa jua majlis.Yang psatinya tetap dapat menghadap kat luar tu.Pintu untuk ke luar pun ada di sini.Siap boleh karaoke lagi tau.

 

Dan ini pulak disediakan 24 jenis sos yang korang boleh pilih.Umi suka dengan sos muara mereka.Memang sedap.Dah macam rasa sos ikan bakar tapi lagi sedap dari yang umi pernah makan.

Jom tengok apa pulak menu yang kami pilih dan juga soup pilihan kami.Umi pilih sup ayam berempah dan tomyam dari 6 jenis sup yang disediakan.

Disebabkan kami datang lebih dari 4 orang, jadi kami boleh memilih untuk ambil set All you can Eat dengan harga RM55.00 sahaja.

MAKAN STEAMBOAT DI MUARA STEAMBOAT & GRILL SENIBONG

Tengoklah, penuh meja dengan makanan.Lepas tu kami add on nasi goreng.Ada dua jenis nasi goreng yang kami order.satu pedas dan satu lagi tak pedas.Memang sedap nasi goreng dia tau.

Lepas tu kami tambah lagi menu lain yang ada disini.Kami order juga daging yang lembut dan sedap tu.Apa yang bestnya, mereka menggunakan arang ye untuk letak dalam kitchen tu.Memang bertambah sedap la rasa makanan yang kita makan tu.

MUST TRY! menu chicken wing yang disalut dengan Signature rempah muara mereka memang sedap.Walau pedas, tapi tak cukup satu tau makan.

Boleh tengok menu-menu lain yang kami order pada hari tu di page umi ni.

Selepas tu jangan lupa, kalau korang bertuah, boleh la tengok sunset yang cantik dari sini.Dan juga boleh walk in disekitar situ.Memang cantik dan sedap mata memandang melihat pemandangan kat sini.

So, korang jangan lupa bookmark posting ni dan make sure korang cuba untuk makan kat sini.Korang, kalau masuk sini, dengar lagu ghazal, rasa macam nak berjoget pulak oii hahahha.

!!! Surau disediakan ye disini.

Oklah, umi letak maklumat untuk korang tahu mengenai Muara Steamboat & Grill ni ye.Dan juga terms and condition yang perlu korang tahu bila makan kat sini

  • Limit to 3hours, last order 30minutes before end time
  • Minimum 4pax 
  • No takeaway
  • Food wastage will be chargeable at Rm10/100gm

⏱ Operation Hours: Open Daily, 4pm – 11pm
? Senibong Cove (https://waze.com/ul/hw23b6tzpb)
#MuaraSteamboatandgrill
#HalalSteamboat
#HalalSteamboatAndGrill
#SenibongCove
#AllYouCanEat

Social media

Facebook | Instagram

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *