Makan Roti Canai Sarang Burung di Restoran Sharifah Taman Air Biru

Makan Roti Canai Sarang Burung Restoran Sharifah Taman Air Biru

Makan Roti Canai Sarang Burung di Restoran Sharifah Taman Air Biru | Cerita sebelum PKP, teringin nak makan roti canai sarang burung Pasir Gudang ni.Dulunya Viral tempat ni.Tapi umi tak sure la sekarang

Roti canai sarang burung di Pasir Gudang ni umi tau di Restoran Sharifah ni jelah.Itupun hari tu terlalu kat timeline kawan umi.Jadi ternampak post yang dia share beberapa bulan yang lepas.Ini antara warung roti canai sarang burung yang pertama kalinya umi pergi.

Tapi sekarang ni dah merata kan orang buat roti sarang burung ni.Kalau tengok roti canai yang di letakkan 2 biji telur separuh masak dan dimakan dengan kuah kari dan rendang memang nampaklah macam sarang burung tu.Harga roti canai sarang burung ni pun not bad jugak.Yelah dalam roti canai sarang burung ni guna 2 biji telur.

Makan Roti Canai Sarang Burung Restoran Sharifah Taman Air Biru

Kan..nampaklah macam sarang burung.Eh..Apa lagi yang terlintas kat kepala otak korang bila nampak roti canai sarang burung ni.Tapi bukan otak kuning ye.hahaha..

Oklah, sebelum PKP hari tu lagi cerita ni.Dah takde pun dalam perut walau sekelumit roti canai tu dalam perut ni.Tapi tak taulah kalau separuh dah jadi lemak degil takmo keluar..hahaha..Umi pepagi lagi keluar dengan babah berdating berdua.Kasi can la anak-anak bagi umi dengan babah dating ek.

Tapi umi tetap umi, tak boleh nak tinggalkan anak-anak lama-lama..Dok terfikir apa kerja yang diorang buat sepanjang umi takde ni..So, sampai ke restorang Sharifah ni tengok tak ramai sangat orang.Yelah benda dah lama viral kan?Kalau baru confirm datang pukul 8 pun masih lagi ramai orang.

So, terus umi order roti canai sarang burung untuk 2 orang makan.Si babah pulak tambah Nasi lemak daging rendang.

Makan Roti Canai Sarang Burung Restoran Sharifah Taman Air Biru

Babah beria nak makan dua-dua.Last-last dia mampu makan roti canai tu je.Yang nasi lemak tu dia bawak balik.

Kalau ikutkan restoran ni takdelah jauh mana pun dari rumah.Dekat je dengan tempat kerja umi.Tapi tak jugak sampai kan.

Hari tulah baru berkesempatan.Jadilah kan dapat merasa macam mana rasanya roti canai sarang burung tu.Cuma yang tak bestnya takdelah pelbagai menu yang dia ada.Cuma roti canai dan juga nasi lemak.Seingat umi dulu diorang ada cakap ada pelbagai lagi menu.

Tapi entahlah mungkin sebab tak sempat nak buat menu lain atau apalah kan.Jenis umi ni kalau mencari sarapan, nak kedai yang menyediakan pelbagai menu macam warung wak songkok di Kampung Cahaya baru tu..Jadi bila bawa anak-anak ni, boleh suruh diorang buat pilihan nak makan apa.Kang kalau tak kena dengan tekak maunya budak-budak ni taknak makan.

So lepas dah mengidam nak Makan Roti Canai Sarang Burung Restoran di Sharifah Taman Air Biru ni.Asyik mengidam jelah umi ko ni.Entah berapa bulan agaknya..Eh!! 🙂

Ni alamat dia kat bawah umi sertakan alamat  warung roti canai sarang burung air biru sekali kot korang nak merasai roti canai sarang burung ni kan

NO 1 Jalan 10/2 kedai perjiranan 10 Taman Air Biru 81700 Pasir Gudang Johor Bahru
 
UTK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
Whatsapp ke : 601170719091

 

Loading

8 thoughts on “Makan Roti Canai Sarang Burung di Restoran Sharifah Taman Air Biru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *