MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC

MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC

MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC | Menu-menu yang umi nak ceritakan ni memang wajib korang cuba sebab semuanya sedap.

Restoran PIRINGMU yang terletak di Eco Botanic Iskandar Puteri ni menyediakan menu Peranakan Fusion dan antara menu-menu yang umi dah cuba semuanya menepati tekak umi.

piringmu eco botanic

Pernah la umi cuba menu masakkan peranakan fusion ni, kiranya ini kali kedua umi cuba menu-menu ni.Jaranglah kan ada masakkan kita seharian menggunakan buah keluak, tetapi salah satu menu yang dihidangkan kepada kami hari tu ada buah keluak di dalamnya.

MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC

MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC

Tempatnya sangat mudah untuk dicari, korang boleh google je “piringmu eco botanic” confirm korang jumpa.

MENU YANG PERLU KORANG CUBA DI PIRINGMU ECO BOTANIC

Ni umi senaraikan menu-menu yang umi dah cuba dan umi nak korang cuba jugak sebab tak semua menu yang disediakan takde yang umi boleh komplen.

  • Nyonya gulai tumis ikan siakap (recommended untuk korang cuba)
  • Nyonya Rendang Tuk Daging
  • Nyonya Ayam Buah Keluak
  • Nyonya Ayam Kapitan
  • Nyonya Lemak Nenas Sayur
  • Nyonya Chicken Mince Japanese Tofu
  • Nyonya Telur Dadar Cencaluk

MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC

Selalu nampak macam ni iikan bakar dengan sambal kan, tapi yang uniknya menu Nyonya gulai tumis ikan siakap ni menggunakan asam pedas yang memang dimasak sehingga menjadi pekat dan menjadikan menu masakkan ni lain dari yang lain korang.

piringmu eco botanic

Inilah dia Nyonya ayam buah keluak, walaupun diluarnya keras, tetapi isi buah keluak ni sangat sedap.Jarang-jarang ye kita nak dapat makan buah keluak ni.Nak jumpa buah keluak ni pun umi rasa susah kan?

Oh ya korang, lagi satu yang perlu korang cuba ialah nasi goreng dia, memang sedap tau.

piringmu eco botanic

satu set nasi goreng ni lengkap dengan sayur.Jadi nak order menu satu ni pun boleh jugak.

Kalau korang taknak makan nasi, boleh juga order  Ipoh chicken Hor fun atau Mee kari  di Piringmu Eco Botanic ni.Pun sedap tau.

piringmu eco botanic.

Nak tengok gambar-gambar menu lain korang boleh tengok kat page umi disini

PILIHAN MINUMAN YANG LAIN DARI YANG LAIN DI PIRINGMU 

Ye, memang lain dari yang lain.Masa dihidangkan menu minuman ni pada kami, ala setakat air soda bandung, apple asam boi dan kopi.Kat mana-mana pun sama.Tapi bila staff kat situ kata, akak kena try ni.

Jadi sedutlah kami coffee panas dan sejuk yang disediakan untuk kami.Uih! memang lain sangat.Padanlah dia kata kena jugak cuba.Memang sedap dan umi tak pernah rasa kopi sesedap ni kat tempat lain.Yelah kalau sama dengan kedai lain, mana istimewanya kan restoran ni.

piringmu eco botanic

piringmu eco botanic

Oklah, lepas ni kalau korang mencari menu peranakan fusion ni, korang boleh datang ke Piringmu ye.umi sertakan alamat dibawah ni.Terasa nak makan menu peranakan fusion di piringmu eco botanic ni lagi la..

Restoran Piringmu Peranakan Fusion

No.56, Jalan Eko Botani 3/2,Taman Eko Botanis, 79100 Iskandar Puteri

Buka setiap hari | 10 am – 10 pm

Selepas perayaan Chinese New Year dibuka dari jam 8 am breakfast 8 am-11am)

Hi Tea : 3 pm tp 5.30 pm

Loading

2 Comments

  1. wahh dekat Johor ke ni? boleh laah saya masuk dalam list tempat makan, mmg nak pergi Johor bulan depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *