Makan Malam di Olive Musicafe Kampung Nong Chik

Makan Malam di Olive Musicafe Kampung Nong Chik | Malam sebelum kami tengok persembahan teater Harimau Johor Jauhar Permata, tapi sebelum tu kami singgah makan dulu di Olive Musicafe.

Malam tu, umi dan sis lin naik kereta sekali dan akan berjumpa dengan Norfy dan huda di cafe tu.Disebabkan masing-masing pun tengah lapar jadi kami order makan dulu la kan?

Ikut hati umi taknak makan dah, tapi memandangkan tak tau kang lepas teater tu lapar, mau kena cari makan pulak.Jadi kita makan siap-siap sambil berborak-borak.Lama kan tak keluar berborak-borak dengan kawan-kawan.Inilah masanya untuk kita hilangkan stress.

Suri rumah pun kena curi masa untuk keluar berjumpa dengan kawan-kawan.Tak boleh hanya pandang dinding rumah je.Boleh mental dibuatnya tau.

So, disebabkan sislin pernah makan disini, jadi umi order la mengikut apa yang pernah dia order iaitu laksa Johor.Umi suka dengan laksa Johor ni.Kalau teringin sangat nak makan, kena cari kedai yang menjual laksa johor dan yang penting sedap?

Masak sendiri lagi baik?

Kalau takat umi sorang nak makan selalunya umi order je melainkan seluruh isi rumah suka dengan apa yang umi makan.Jadi kalau benda tu ramai yang tak suka untuk makan, better beli dari membazir buat banyak-banyak lepas tu orang tak makan.

Betul ke tidak?

Ikutlah kalau korang nak kata tidak,hahaha, yang penting kita tahu apa yang bagus dan tidak.

Macam biasa, umi order dulu sementara menantikan yang lain-lain datang.

Sis Lin order Laksa Penang dan umi order Laksa Johor sebab kengkononnya kami taknak makan nasi malam tu.

Laksa Johor kat sini umi boleh bagi rating 6/10.Minuman pulak umi order hazelnut latte dan sis order kopi O.

Sementara menunggu makanan sampai, datanglah si Huda dan si Norfy.

Sebelum berborak lebih panjang, Huda order nasi goreng udang dan norfy pulak nasi goreng kampung.

Nasi goreng Udang
Nasi goreng kampung

Menu ni umi tak boleh komen sebab tak rasa. Jadi sambil kami makan, sambil berborak pelbagai hal.

Lepas dah siap-siap makan, dan hampir ke pukul 8, kami gerak satu kereta untuk ke Auditorium Jotic bagi memudahkan kami untuk cari parking.

Masing-masing tak sabar nak tengok teater yang akan dipersembahkan oleh pelakon-pelakon hebat dari karya oleh encik Senjakala ni.

Ha, nanti kalau korang ada dikawasan ni, boleh la singgah makan-makan di Olive Musicafe ni.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *