Makan Malam di Dine @ Eight Holiday in JBCC

buffet dinner holiday inn jbcc

Makan Malam di Dine @ Eight Holiday in JBCC | Cerita hari minggu yang lepas umi bawa satu family untuk makan malam di hotel di tengah bandar.Saja nak cari makan jauh sikit dari rumah.

Sambil tu umi menginap sekali di Holiday Inn Johor Bahru City Centre.Nanti umi cerita di lain entry untuk penginapan 2 hari 1 malam umi di Holiday Inn Johor City Centre ni ye.

Ni umi nak cerita pasal makan-makan di sini dulu.Untuk hari tu umi ambil Saturday Spices Buffet Dinner.Terdapat lebih 50 jenis menu yang disediakan untuk buffet ni.Suka betul umi masuk dekat tempat makan Dine @ eight di Holiday Inn JBCC ni, sangat luas dan rasa selesa nak makan.

Yang penting makan malam korang ditemani dengan live band yang best tu tau.Ada sesetengah orang, dia tak suka kan makan sambil dengar muzik, mungkin akan menganggu masa makan korang.Tapi bagi umi best.Live band tu pun takdelah kuat sangat sambil boleh interrupt perbualan korang dengan pasangan.

Untuk Saturday spices buffet dinner ni, ada promosi Buy 3 Free 1 tau.Jadi berbaloilah bawa family makan kat sini.Boleh tengok flyers kat bawah ni untuk harga buffet dinner holiday inn JBCC.

Korang boleh jugak pilih nak makan pada hari jumaat atau sabtu.Setiap hari adalah yang specialnya kan.Macam Hari jumaat lain menunya, begitu juga sabtu.Tapi disebabkan masa umi nak stay christmas tu penuh, jadi umi pilih la hari sabtu.

Mana tau kan korang nak rasa Friday Family Buffet Dinner, boleh la datang pada hari jumaat.Tapi make sure korang book dulu ye.Masuk je dalam Cafe Dine @ Eight ni korang akan nampak dessert dahulu.Haish la..Umi memang geram betul dengan dessert tu semua.Ada satu dessert yang umi repeat beberapa kali tau.Memang sedap, tapi umi tak ingat apa nama menu tu.

Ini antara dessert yang ada di sini malam tu.Umi suka yang dalam cawan putih tu..Serius sedap.

Jom tengok menu-menunya pulak.Umi tak menempel banyak sangat gambar kat blog tau.Kalau nak tengok closed up korang boleh tengok kat IG Siti Rohaida umi dan Page Umi  tu.

Itu baru dessert tau, belum tengok lagi menu lain.Di bawah ni antara menu yang sempat umi snap malam tu.Dek kerana ramai orang, jadi nak kenalah hormat sikitkan privacy mereka tu.

Makan Malam di Dine @ Eight Holiday in JBCC

Dah nama pun Saturday Spices Buffet dinner kan, mestilah menunya pun yang rempah-rempah kan.Masih sedap di tekak umi ni hah.

Ada banyak lagi menu ni tau.Bukan sekadar yang umi paparkan dalam blog ni je.Kang umi nak masukkan gambar yang berpuluh makanan tu kang, ada hang blog ni.Hahah…

 

So sesiap pi Like Page umi ni hah >>> Page Kisahsidairy

And yang terpaaaaling umi suka bila Hotel ni ada menyediakan Little Adult Station.Auni tu dah la cerewet makan, nampak pedas sikit tak boleh.Nampak merah pun tak boleh.Jadi ada penyelamat bila hotel menyediakan station untuk kanak-kanak.

Barulah umi boleh makan dengan tenang.Kenyang umi dengan segala jenis menu umi cuba tau.

So, kalau korang tak tau nak dinner kat mana di Johor ni, hah!! apa kata korang bawak family untuk dine in dekat sini.Umi letak harga sesiap untuk korang ek..Jadi boleh lah korang rancang dari segi masa dan kewangan..gitchu!!

 

FAMILY FRIDAY BUFFET DINNER / SATURDAY SPICES BUFFET DINNER DI HOLIDAY INN

Harga 

Adult – RM98 nett

Kids ( 6-12) 50%

senior Citizen ( 60 tahun ke atas) – 30%

Level 8 : Dine @ Eight Holiday Inn JBCC

Waktu : 6.30 pm – 10.00 pm

Jangan lupa tau : Special Offer  Buy 3 Free 1 for buffet dinner Holiday Inn

Untuk korang yang menginap di sini, dont worry sebab harga lebih murah berbanding korang yang datang untuk makan disini sahaja.Bila korang stay in, korang boleh dapat lagi diskaun lagi 15% tau.

Best ke tak best???

Untuk tempahan call : 07-270 8888

Facebook | Instagram | Website 

 

Maps untuk ke Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Loading

5 thoughts on “Makan Malam di Dine @ Eight Holiday in JBCC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *