MAKAN-MAKAN DI LEMPENG KING KOTA TINGGI. Cerita lama yang baru umi nak ceritakan sekarang.Dah lama gambar tersimpan dalam draft, jadi kita clearkan dululah.
Cerita beberapa bulan yang lepas, masa tu hari dimana mak dikejarkan ke hospital sebab doktor desa suspek mak kena serangan jantung.Setelah dibawa ke hospital, dan doktor mengesahkan ianya bukanlah serangan jantung.
Mak jadi macam tu disebabkan batuk yang terlalu lama dan angin kat dada mak buatkan mak jadi macam tu.Lepas beberapa jam mak ditahan di bilik kecemasan, doktor bagi mak balik.
Masa nak balik tu, mak bagitau yang dia lapar, jadi umi pun bawalah mak makan disekitar situ.Disebabkan mak taknak makan nasi, jadi umi bawa dia makan di lempeng king kari kambing berdekatan je dengan hospital tu.
Umi memang jarang nak ke Kota Tinggi kalau takde pape keperluan.Sejak highway Desaru tu ada memang jarang sangat ke Kota Tinggi.Tu yang tak tau apa yang menarik di Kota Tinggi.
Baca juga : 10 tempat menarik di Johor
Disebabkan restoran ni di tepi jalan, jadi mudahlah kami nampak.Semua yang disediakan disini adalah menu lempeng.Ada juga menu nachos dan lain-lain lagi.
Sedap kan sesekali pekena lempeng.Ada lempeng kelapa, ada lempeng cheese dan banyak lagilah,
Yang ni lempeng special sebab ada kari kambing dan juga telur mata diatasnya.Menarik dan sedap.
Itu pun makan 3 orang tak terhabis makanan tu.Kalau korang datang ramai-ramai, kena cuba setiap satu.Lepas tu bolehlah pakat rasa yang lain punya.Barulah adil dan saksama.Barulah korang tau setiap satu rasa menu yang dihidangkan, takgitu.
Nak makan ubi rebus sambal ijo pun ada tau.So, kalau korang ke Kota Tinggi, jangan lupa untuk singgah di Lempeng King Gulai Kari Kambing ni tau.
Restoran Lempeng King Gulai Kari Kambing dibuka dari jam 3 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
Boleh terjah page mereka di sini – Lempeng King Gulai Kari Kambing