MAKAN-MAKAN DI FISH & CO TOPPEN JOHOR

MAKAN-MAKAN DI FISH & CO TOPPEN JOHOR | Cerita minggu lepas bila umi dating dengan salah seorang blogger Johor iaitu Syu.

Kali ni kami ke Toppen Shopping Centre untuk menikmati menu-menu dari Fish & Co ni.Asyik lalu lalang je dekat instagram, nak jugaklah merasa menu-menu yang ada di sini.

Setibanya kami di sini, kita survey dululah menu-menu yang ada di buku menu yang terletak di bahagian depan restoran ni.

Lepas dah belek-belek tu barulah kami cari tempat untuk duduk.Dah dapat meja, kita belek lagi secara details uols, menu yang betul-betul kami nak.

Kalau tengok sekeliling restoran ni memang luas dan selesa.Memang selesalah kalau korang yang nak makan dengan family besar.

Kat bawah ni adalah senarai menu yang kami order untuk kami berdua.Ikut hati nak je pilih menu yang besar tu, tapi memandangkan kami dua orang je, jadi kenalah kan ambil portion untuk 2 orang je.

MAKAN-MAKAN DI FISH & CO TOPPEN JOHOR

Tunggu semua menu siap barulah kan kita makan.Sebelum tu harus ye kamera makan dulu.

Didalam gambar ni umi listkan menu-menu yang kami order 

  • Bombay Fish & Chip (RM24.95)
  • Seafood Platter (RM39.95)
  • Danish Fish & Chips (RM26.95)
  • Chicken & Mushroom cream pasta (RM24.95)
  • U Lime Fuzz (RM12.95)
  • Passion Fruit Mojito (RM12.95)

Umi ada letakkan gambar satu-satu di dalam ig umi dibawah ni

 

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

 

Tak cukup dengan menu di atas, staff situ rekemen pulak menu dibawah ni untuk kami cuba.

MAKAN-MAKAN DI FISH & CO TOPPEN JOHOR

KOREAN BROTH POT (RM80.95)

Betullah, memang sedap menu yang dia rekemen pada kami.Kalau dapat hirup sup tu, memang lupa menu-menu lain.Kami dua orang pun boleh habis tau.Menu yang korang kena cuba bila makan kat sini.

Satu lagi kami order pizza, pun sedap jugak

MAKAN-MAKAN DI FISH & CO TOPPEN JOHOR

PERI-PERI CHICKEN PIZZA (RM30.95)

Alhamdulillah kenyang perut ui.Cuma ada satu part yang mungkin tak kena dengan tekak umi bila ikan yang dibalut dengan tepung tu.Mungkin pada tekak umi tapi tidak tekak korang kan.

Jadi kalau korang kesini jangan lupa untuk mencuba ye menu makanan disini.

Hah, untuk korang yang nak merasai menu-menu dari Fish & Co ni, boleh la ke Tingkat 2,Toppen Shopping Centre.

Untuk Reservation pulak, korang boleh call nombor ni ye : +607-361 4195

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *