Makan-Makan di Bandung Noodles Pasir Gudang

Makan-Makan di Bandung Noodles Pasir Gudang | Setiap kali abang ipar umi balik ke sini, dia memang akan cari mee bandung di Johor ni.

Memandangkan masa yang ada terlalu singkat, jadi umi cari port mee bandung yang dekat-dekat je.Sebab tu plan ke dua tempat lagi selepas mencari mee bandung.

Actually banyak je kedai yang jual mee bandung di area pasir gudang ni, tapi umi tak sure mana yang sedap.Pernah umi makan di sebelah TS Hotel tu, sedap jugak.Tapi disebabkan pagi, mungkin kedai tu tak bukak.

Jadi umi cari yang jual di waktu pagi.Kebetulan sebelum tu umi adalah ternampak satu posting dari rakan fb umi, dia yang recommend mee bandung kat sini.Jadi umi pun bawaklah abang ipar ke sini.

Nenek dok ngunyah karipap dengan Teh O jadi, dia tengah khusyuk makan,Tak sempat nak posing.

Alhamdulillah bukak seawal pagi jugak, cuma takde banyak menu selain goreng-gorengan dan juga mee bandung.Tapi takpelah kan, janji mee bandung tu ada bagi meraikan orang Pahang datang ke Johor.

Mostly kami memang order mee bandung.Ada juga lah nasi goreng china untuk budak-budak makan.Kami order dua jenis mee bandung iaitu mee bandung seafood dan mee bandung daging.

Mee bandung Seafood – Bandung Noodles
Mee bandung daging – Noodles bandung

And last menu kami adalaah nasi goreng china.Hah ni kalau bebudak boleh la order kan.Biasalah anak umi yang sorang tu, biarlah nampak sedap, tapi kalau nampak kuah dia kemerah-merahan macam tu, memang taklah dia sentuh.

Sedap ke tidak mee bandung di Noodles Bandung ni? Ada orang yang kena dengan tekak, tapi bagi umi oklah.Umi lebih suka mee bandung yang dekat TS Hotel tu and yang dekat Kampung Melayu tu.Tapi tak taulah dengan korang kan.

Lain orang lain citarasa dia.Jadi marilah kita raikan citarasa masing-masing.Next time abang ipar datang kita pergi jauh sikit lah.Teringin nak bawa dia ke restoran Rumah Mas tu.Ok-ok next time ye kita plan.Actually masa tu pun dah plan nak ke Desaru Coast, tapi disebabkan anak dia tak sihat, jadi kita bagi jelah tiket tu kat orang lain.

Lepas dah makan-makan tu, singgah ke Al-ikhlas gadget dan Ninso, barulah gerak mencari Telur pindang.

Cerita pasal telur pindang ni, barulah kan minggu lepas kita makan telur pindang.Umi pun tak sure kat mana jual telur pindang.Cari punya cari, ternampak kat FB orang jual telur pindang.

Cubalah nasib untuk tanya samada masih ada lagi tak telur pindang.Padahal nak 15 biji je telur pindang.Itupun sebab abang ipar nak bawak balik Pahang,

Alhamdulillah kan, rezeki dia tuan telur pindang tu kata ada lagi.Siap call bagitahu kat mana rumah dia.Punyalah baik Haji tu melayan..Dia kata kalau bagi location takut tak jumpa.Nasib jugak umi selalu gak lalu ke sana.Jadi dah dapat agaklah kan kat mana rumahnya.

telur pindang warisan Johor

Gambar telur??? serius beb tak amik satu pun.Sebabnya, umi jadi driver sepanjang hari.Kalut dengan budak dua orang yang nak mintak telur tu.Aduii..Umi pulak sampai lupa nak beli untuk diorang ni.Tapi memang abang ipar bagi 5 biji untuk kami.Dia nak  10 biji je.Saja umi beli lebih.Sebiji singgit.Pun sedap.Cuma umi sendiri yang pening bau telur pindang.Entah tak tau kenapa bau telur pindang buat umi nak muntah.Sama je macam durian.Tapi kalau makan ok pulak..hahahahha

Korang area JB yang nak tempah Telur pindang, umi recommend sangat la beli dengan Haji ni.Serius sedap.

Boleh tengok Page Mereka di TELUR PINDANG WARISAN JOHOR

 

 

 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *