Makan-Makan Dengan Chef’s Extravaganza Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru

Makan-Makan Dengan Chef’s Extravaganza Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru | Berdating sahaja dengan Nona sambil menikmati Dinner buffet bertemakan Chef’s Extravaganza di sini.

Lama betul tak keluar dinner dengan kawan-kawan, and Jumaat malam hari tu, umi sempatlah sempatlah keluar dinner dengan Nona.Kawan-kawan JDT blogger yang lain tak dapat nak join disebabkan diorang ada program diorang memasing.

Renaissance Hotel Johor Bahru sekarang ni sedang mengadakan Dinner Buffet bertemakan Chef’s Extravaganza bagi mengetengahkan kebolehan chef-chef mereka dengan resepi masing-masing.Jadi umi berpeluanglah merasai menu-menu dari chef-chef hebat di Renaissance Hotel ni.

Sepanjang bulan May, June dan Julai ni korang masih berpeluang untuk menikmati hidangan yang sedap-sedap ni dari Chef-chef hebat ni pada hari jumaat dan sabtu.So, jangan lupa untuk booking awal dan rasailah resepi-resepi mereka yang umi rasa memang korang tak boleh nak tolak.

Tengok jelah umi dan nona sahaja, penuh meja kitorang tu.Baru dua orang yang join dinner, kalau ramai lagi, mungkin lebih laju kitorang menikmati makanan sambil-sambil bergosip.

Makan-Makan Dengan Chef's Extravaganza Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru

Antara menu-menu yang korang perlu cuba untuk Chef’s Extravaganza Dinner Buffet ni mengikut speacialtiy chef-chef dibawah ni

CHEF’S EXTRAVAGANZA DINNER BUFFET

Chef Amir Speciality

  • Japanese Teppayanki

Makan-Makan Dengan Chef's Extravaganza Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru

Chef Rizal Speciality

  • Maklouba Rice with Roasted Lamb Meshwi

Makan-Makan Dengan Chef's Extravaganza Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru

Chef Safiq Speciality

  • Bakar-Bakar Aroma Selatan

Ya ampun, sambal  bakar-bakar ni memang sedap ye.Walaupun sedikit pedas, tapi memang tak berhenti cicah sambal bakar-bakar ni.Rasa macam nak mintak je resepi dari chef Safiq ni.

Chef Faris Speciality

  • Laksa Rice Roll

Belum pernah lagi umi makan laksa takde mee dia tau.Tapi kelainan yang Chef Faris sediakan ni sangat-sangatlah umi teruja untuk mencuba.Resepi yang tak pernah lagi umi nampak kat luar.Mungkin yang tak suka mee, atau tengah diet kan, boleh try resepi ni.Tapi kalau korang diet, takyah la datang.Rugi je nampak makanan banyak-banyak tapi diet.Eceh!! macam tak boleh percaya sangat kan.

Laksa Rice roll dari Chef Faris ni korang kena cuba.Tapi jangan lupa letak kuah laksa tu.hahah.Kalau tak kang, takdelah rasa laksa kan

Chef Farhan Speciality

  • Udang Galah goreng berempah

Udang galah ni, menu pertama yang umi ambil tau.Kang lelambat habis,hahahha..Jadi umi ambil 2 ketul je dulu memandangkan nampak masih baru je disediakan.

Chef Zairin menyediakan Udang Galah goreng berempah yang cukup rasa dan rangup.Uih! tengok udang tu pun rasa tak puas nak makan.Tapi besar betul ek udang galah dia.Lepas tu umi ambil lagi untuk kedua kalinya.Hahah

Chef Shahrul Speciality

  • Churros

Bukan itu sahaja, korang juga bakal menikmati hidangan lain seperti makanan Western, Pizza, Asian cuisine, Chinese dan juga Indian.

Terdapat juga salad bar, dressing, appetizer, Seafood On ice, Japanese counter dan banyak lagi.Pendek kata semua jenis makanan ada terdapat di Dinner Buffet ni.Oh ya, sup tulang merah dia pun sedap tau.Rugi kalau korang tak cuba.Kalau ada si kakak tu, memang kemainlah dia menyedut tu.Jadi tak rugi kalau korang datang untuk dinner kat sini.Tapi kalau nak menu-menu special kenalah datang pada hari Jumaat dan Sabtu.Kalau hari biasa memang takkan jumpalah menu-menu special dari Chef-chef hebat tu.

Itu belum umi cerita part dessert kat Renaissance ni.Memang korang akan jumpa pelbagai jenis kuih muih, dessert dan juga aiskrim.Nak mengopi lepas makan-makan tu pun ada.Umi kalau datang sini, memang suka sangat dengan dessert kat sini.Rambang mata ui tengok dessert dan kuih muih yang diorang sediakan.

Jadi berbaloilah untuk harga yang korang bayar untuk makan kat sini.

 

CHEF’S EXTRAVAGANZA DINNER BUFFET | May . June . July


 Sunday to Thursday
 6:30pm to 10:00pm
 RM118 nett per adult
 RM59 nett per children (6 to 12 years old)

 Friday & Saturday
 6:30pm to 10:00pm
RM188 nett per adult
 RM94 nett per children (6 to 12 years old)

 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member

 wa.me/60177713327
 bit.ly/TableAppCafeBLD
 cafebld.com/specials

 

Nak tengok banyak lagi gambar makanan korang boleh tengok kat Page umi ek…Thanks for reading ya

#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #kisahsidairydotcom #jdtblogger #foodie #johorblogger #bloggerjohor #foodieblogger

 

Loading

1 Comment

  1. Masakan Chef Amir tu paling Sis suka hehehehe.. tapi semua pun sedap juga airtangan Chefnya.. mana mau kalah kannn dapur Renaissance, terbaik antara yang baik. kena cuba ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *