MAKAN KUNAFA DAN BAKLAVA SEDAP DI ZAITUNA RESTAURANT | Masa tu teringin betul nak makan Kunafa dan Baklava.Tapi tulah, tak tau nak cari kat mana.Seingat umi last umi makan Kunafa di Double Tree By Hilton JB
Tapi lama dah makan Kunafa tu, lepas tu timbul pulak yang Kunafa Viral, itupun tak sempat umi nak cuba tau.Bila dah teringin tu mesti nak dapatkan jugak walau macam mana pun.Babah pulak kata, kalau dapat makan nasi arab ni sedap jugak.Jadi tempat makan yang sediakan nasi arab dan memang pure rempahnya dari sana mestilah di Zaituna Restoran.
Ada tak yang tak tau apa itu Kunafa.Kunafa tu sejenis pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri berputar dipanggil kataifi, direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku, pistachio atau kacang, bergantung pada kawasan.
Sebelum ni pun umi pernah la dengar kawan-kawan yang datang ke restoran ni, memang diorang kata sedap.Kat Zaituna Restoran ni pun ada menyediakan pelbagai jenis Baklava dan Kunafa.Murah pulak tu.
Ok, jadi kita gantung kuali lagi hari tu untuk makan di Zaituna Restoran.Restoran makanan arab di JB ni terletak di Jalan Glasier Taman Tasek.Nak cari pun mudah je kedai ni.
Untuk kami berlima umi order Nasi arab set dulang.Kat situ ada 3 jenis nasi iaitu Mandi, kabsah dan Maklouba.Ada 2 lamb shnak dan setengah ekor ayam.Memang habis kami berlima makan.Ikutkan umi nak order yang lain, disebabkan takut tak habis, tu yang tak order lain.Tau-tau jelah bebudak ni, bukan makan banyak pun.Si kakak kemain suka dapat kambing.Untuk dia sorang je seketul lamb shank tu tau.
Banyak lagi zaituna restaurant menu ni yang korang boleh tengok.Korang boleh tengok dekat website mereka di sini.Jadi bila datang sini, korang tau dah nak makan apa.Tak macam umi, bila pelayan tanya terus blurr nak makan apa.
Minuman pulak macam-macam yang kami order dan tak lupa teh orang arab..hahah.Itu sangat bagus ye untuk korang order.Kalau muda-muda lagi nak minum air pelbagai silakan.Umi dah tua ni kena jaga makan.Jadi minum teh selepas makan benda-benda macam ni itu perlu.Hah..gitu.Bebudak ni je umi order minuman tembikai dan roselle.Itu pun menambah.Klasik betul kan juga dia tu.
Part yang paling umi tunggu-tunggu ialah nak menikmati Baklava dan juga Kunafa.
Ini lah antara Kunafa dan Baklava yang umi pilih.Lepas tu order lagi satu Kunafa untuk nenek.Habis nenek kerjakan.Kemain suka lagi dia makan.Kunafa ni lembut ditengah dan rasa crispy diluar.Sangat sedap bila disiram si air mawar diletakkan air gula ros diatasnya.Yang si adik, Baklava nuts tu memang pebret dia.Entah kali keberapa dia repeat ambil tau.
Korang tengok jelah pelbagai jenis baklava tau kat sini.Ini baru sikit, kat sebelah dia ada lagi.
Hah, nampak tu penampakkan seorang budak yang nak lagi dan lagi baklava tu.Haishhh!! habislah umi kena scam dengan bebudak ni.Kata dah kenyang, tapi tak kenyang-kenyang nampak semua manisan tu.
Umi suka betul suasana kat sini, dah macam dekat arab dah tau.Yelah, semua waitress dia semua orang dari sana.Dengan lagu arabnya, haish!! dah perasan bukan duduk Malaysia dah.
Dapat pulak tempat makan yang macam ni, memang lepas kenyang, bersandar kami semua tau.hahahha.Umi nak juga ambil gambar di kawasan lain, tapi punyalah ramai umat manusia yang makan kat sini.Memang betul-betul fofular tau tempat ni.
Alhamdulillah, habis semua, moh ler kita berangkat balik.Tak boleh lama duduk situ sebab ramai lagi pelanggan yang datang pada belah malam rupanya.
Sebelum balik, bebudak tapau lagi Baklava dan diorang sendiri yang pilih nak bawa yang mana.Umi On je sebab Baklava hanya RM2 sahaja korang.Jadi takpelah kalau anak-anak nak ambil berapa.Sesekali kan, bukan selalu dapat makan kat sini.Ada rezeki kita pi makan lagi, ye dak.
Kalau korang nak tengok menu-menu baklava, korang boleh tengok dekat Page umi.kat situ umi ada share gambar close up baklava tu.
Waktu operasi: 11.30 Pagi – 11.00 Malam (Setiap Hari)
Aku masih tak boleh move-on kesedapan Baklava dia.. nak kena repeat pergi juga ni…