Makan Kenduri Selepas Lama berPKP

Makan Kenduri Selepas Lama berPKP. Hah gitulah cerita sabtu yang lepas menghadiri walimatul urus anakanda SIS Lin di Bizmilla Hall di Austin.

Lama betul kan tak menghadiri majlis-majlis keramaian macam ni.Yelah, rasanya dah lebih dua tahun jugak umi tak menjejakkan kaki ke majlis-majlis macam ni.

Masa adik umi kahwin pun masih dalam tempoh PKP.Masa tu hanya boleh akad nikah sahaja tapi untuk buat majlis tu masih tak dibenarkan berikutan pendemik yang melanda di Negara kita ni.

Bila angka pun dah semakin reda, barulah majlis kahwin dah dibenarkan tetapi masih mengikut arahan yang ditetapkan.Alhamdulillah, berkesempatan minggu tu untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sislin.Dapat jugalah merasa makan nasi minyak kan.

Memang ler takde kerja kawen pun still boleh makan nasi minyak, tapi suasana pergi kenduri tu lain la kan.

Sempat jugaklah umi dengan anak-anak interframe dekat pelamin orang.hahahah..Lawo sungguh pelamin kat situ uii..Penuh dengan munge-munge cinta.

Tahniah Yana dan pasangan serta sislin sekeluarga.Kita ambil gambar dari kejauhan jelah ye.

baca juga : Senarai barangan hantaran lengkap untuk pengantin

Sambil tu sempatlah interframe sikit dekat pelamin yang cantik tu.Gambo makanan memang non hado!!

Cuma masa datang tu tak dapat nak berjumpa dengan rakan-rakan blogger jelah.Ada yang datang awal, ada yang datang lambat dan tak sempat nak bergambar bersama.Yelah kalau nak menunggu yang lain datang kang, kesian pulak tetamu yang lain nak makan takde tempat.

Ingatkan nak ler bergambo di sekeliling tempat Eco Polladium tu sebab cantik tempat tu untuk bergambar.Disebabkan rushing abang ipar nak datang, jadi kenalah juga bergegas balik.Ada satu tu gambar spoil, malas nak menepek kat sini..hahaha

Last sempat bergambar dengan mak pengantin yang super gorgoes hari tu.Next time kita datang lagi kat tempat tu sebab umi tak sempat nak merasa cafe yang berdekatan dengan tempat tu..Agak pemes gak.Nanti kita pi ye..

 

 

1 Comment

  1. Kenduri time2 sekarang tak boleh dah nak berhuha dengan gang sampai 3-4jam. Lepas makan balik sbb nka bagi peluang pada yg lain

Leave a Reply

Your email address will not be published.