Makan di SDS Bakery & Cafe Desaru Bandar Penawar | SDS Bakery & cafe Bandar Penawar Kota Tinggi baru sahaja di lancarkan beberapa minggu lepas.Disebabkan masa pelancaran tu aku tak dapat nak join,jadinya kita pergi lah hari lain.
Aku ada cerita pasal Pembukaan SDS Bakery & Cafe Desaru Bandar Penawar di SINI . Memandangkan hari tu aku nak balik ke Kota Tinggi,Maka sempatlah singgah makan di sini.1st impression aku bila nampak kedai kek di desaru ni,wow…besau bak ang.Mestilah nampak selesa kan.SDS Bakery di Desaru ni berdekatan dengan Sekolah Sukan Bandar Penawar.Nak mencarinya memang sangat senang lah.Korang masuk je Jalan nak ke Desaru tu,dari Petronas terus sahaja.Sebelum Sekolah Sukan Bandar Penawar dah memang terpampang Signage SDS dari tepi jalan.Nanti aku bagi Location di bawah entry ni untuk korang terjah ye.
Bukan sahaja korang boleh beli kek tau,kalau korang nak makan kat sini pun boleh sebab tu ianya dipanggil SDS Bakery & Cafe.Memang sangat selesa untuk makan disini samada lonely atau bawa family.Sangat selesa uolss…
Masa hari aku pergi tu,memang pack sangat dengan orang.Dari yang makan sini sehinggalah yang hanya membeli kek dan roti.Lagi satu Kek dan roti sentiasa di top up dan tak perlu risau untuk kehabisan stock.Sempatlah tapau beberapa jenis roti untuk kakak fiyah.
Apa menu yang umi makan dengan babah.Jom kita tengok.Ikut tekak nak makan Spaghetti Carbonara,tetapi disebabkan nampak pulak menu ni,terus tak jadi.Nak order snack lain,takut tak habis pulak.Nanti nak repeat lagi untuk makan disini.
Salmon (serius aku dah lupa nama menu ni..)
Spagheti Baked(ni pun aku dah lupa..hahahah)
Fried Mee Hon Singapore
Gyoza
Dan minuman kami pada hari tu adalah seperti dibawah..hahaha…Ye ye je ko buat status kat whatssap dan namakan semua menu,dan-dan terlupa yang status tu kekal 24 jam je..Hadoiii..Lepas ni kena terus update kat IG lah supaya tak lupa nama menu..hahahah
Flower Tea(kongsi dengan MIL)
Cappucino
Sekarang ni kalau nak beli kek harijadi dah tak payah susah² nak beli dari JB,Balik Kampung pun dah boleh terus beli kat sana.Aku rasa memang pilihan yang bijak SDS untuk buka cawangan di sini.Yelah,lagipun Bandar Penawar semakin ramai penduduk dan semakin naik pembangunan di sana dengan adanya resort dan Waterpark yang sudah pun dibuka di sana.
Yang penting,korang wajib buat kad SDS ni supaya bila korang nak membeli kek di sini,dapatlah diskaun kan.Banyak lagi promosi yang diadakan di sini.Kena rajin tengok page SDS tu ye.
Untuk korang yang bercadang ataupun berada berhampiran dengan Bandar Penawar,bolehlah singgah untuk menikmati pelbagai jenis makanan western dan local.Boleh refer alamat seperti di bawah ni ye.
SDS Bakery & Cafe Desaru
Address: 2 & 3, Jalan Semarak 1, Taman Desaru Utama, 81900 Bandar Penawar, Johor.
Makcik buat keje kawen hjg minggu ni kat Kota, kalau sempat boleh ke tpt ni
Kalau tersesat kat sini boleh la singgah
Tak sabar nak pergi ni…
InsyaAllah lusa nak pi hehehe …
nampak menarik dan makanan pun menyelerakan, mana tahu ke sana kan bolehla singgah
nampak tenang je tempatnya. yelakan desaru sekarang kian membangun.
nanti boleh la singgah ye
boleh je wazy
pergi tau jangan tak pergi ..hehehe
betul tu mar,nanti sesekali boleh ke sini
betul tu kak..da semakin membangun da area desaru tu..kalo beli rumah sekarang, memang mahsyuk buat homestay akan datang…
rindu very berry berry tea sds
boleh dikatakan selesa untuk makan kat sana..
dulu plan memang nak beli rumah sana,tapi bila fikir jauh dengan tempat kerja..tak jadi nak beli…tapi bila dah tau menyesal pulak tak membeli
nanti boleh la singgah SDS kak seri