MAKAN DI SALMAH KOPITIAM IPOH

MAKAN DI SALMAH KOPITIAM IPOH

MAKAN DI SALMAH KOPITIAM IPOH | Rezeki kami datang kali yang kedua kedai kopitiam ni dibuka.Hari pertama masa plan nak datang sini kedai ni tutup.

Mungkin rezeki kami nak beredar keluar dari Ipoh hari tu kan, dapatlah juga merasa makanan-makanan dari Salmah Kopitiam.Sebenarnya sebelum datang kesini, kami plan nak ke Suhaimi Kopitiam, tetapi memandangkan masa kami datang pun beratur panjang, terpaksalah cari kedai lain.

Dan plan kedua adalah di Salmah Kopitiam la,tapi hari tu tutup.Datang esoknya baru bukak kedai ni.Alhamdulillah, tak perlu dah susah-susah nak cari kedai makan lain.Kalau tak memang kami nak terjah je Old Town Coffee disekitar situ jugak.

Masa datang ke Salmah Kopitiam ni pun beratur jugak, tapi takdelah panjang sangat.Kami datang 3 keluarga, jadi terpaksa berpecah disebabkan tiada ruang atau meja kosong yang boleh kami sambungkan, takpelah kan, janji dapat juga menikmati sajian dari kedai ni.

Baca juga : Travelog Penang, Perak dan Kuala Lumpur

Bila tengok kedai ni kan, pernah tau impian umi nak bukak kedai kopitiam macam ni.Ada menu-menu pelbagai dan orang suka untuk makan.Sebab jaranglah kopitiam ni orang melayu yang bukak.Tu yang nak sangat pergi sini.

Salmah Kopitam ni antara tempat makan wajib singgah di Ipoh tau.Jadi tersangatlah rugi sesiapa yang sedang food hunting tu mencari tempat makan di Ipoh ni.

Oklah, untuk menu, memang macam-macam kami order.Dari meja mak umi sampailah ke meja umi, bergerak-gerak pinggan tu kesana-sini dek kerana mak umi tu sibuklah suruh merasa itu dan ini.

salmah kopitiam

Ni baru kat meja umi tau, belum lagi meja mak umi nun jauh dari situ.Kami order nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, roti titab, lempeng dan juga kacang pool.Umi pelik sebab pandai ek diorang ni buat kacang pool.Rupanya bila dengar dari sejarah owner kedai ni, diorang memang orang Johor.Patutlah menu pun macam kearah Johorean jugak kan.

Baca juga : pengalaman menginap di 147 Armenian Park Penang

MAKAN DI SALMAH KOPITIAM IPOH

Antara yang terpaling sedap adalah lempeng kelapa gula melaka ni,kami order sepinggan ni untuk 2 meja.Sebab yelah, seperti yang umi katakan tadi, kami order banyak tau.

salmah kopitiam

Ni pulak kacang pool, babah order dua sebab dia tau anak dia suka sangat mengendeng makanan dia, tu yang dia order dua.Tak kisahlah nak order berapa, janji habis.Jangan pulak order banyak-banyak tak habis pulak.

 

Nasi lemak secukup rasa.Umi memang suka kalau makan nasi lemak dengan telur goreng separuh masak ni.Memang sedap tau.Cuma bebudak ni jelah tak suka.Takpe nak, janji umi ko suka.Takdelah makanan umi cepat habis..hahahha

MAKAN DI SALMAH KOPITIAM IPOH

Roti titab, alhamdulillah sedap rasanya.Memang antara pebret umi roti ni tau.Nak cuba yang kat Kelantan tu tak taulah bila dapat cuba.

Disebabkan ramai orang dok beratur, kami takdelah duduk lama kat situ kan,kesian pulak dengan orang yang beratur.Habis makan, dah siap semua kita pun chow terus balik ke Johor.

Kalau korang yang sampai ke Ipoh, boleh la try datang makan kat sini, insyallah puas hati dan harga pun berpatutan.Jadi boleh lah makan apa yang dihajati.

Last but not least, masa tengah makan tu tetiba di sape oleh salah seorang kakak kawasan JDT Blogger iaitu Hernee.Masa umi datang ke Perak ni, ramai juga yang ke sini jugak.Sebab tulah masa ke sini jalan jem, diorang lah penyebabnya..hahhaha..eh gurau.

Hai sis, entry kami dah up entry makan di Salmah Kopitiam, anda bila lagi…hahahahha

 

Korang pi ler survey ig diorang, mana tau ada menu terbaru yang menarik untuk korang cuba.

IG : Salmah Kopitiam

Alamat : 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh,

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *