Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda

Makan di Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda

Makan di Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda | Mereka yang sukakan makanan Thai dan dalam masa yang sama suka menikmati Asam Pedas, disinilah tempatnya.

Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda dan lama dibuka.Dah lama jugak umi teringin nak kesana.Walaupun jarak antara cafe ni dengan umi tak berapa jauh, tetap jugak tak sampai lagi tau.

Tapi hari jumaat hari tu, umi dengan geng umi dari bank untuk buat urusan di sana, kebetulan kan tengahari memang tengah fikir nak makan mana? so, umi pun cadangkan kat dia nak makan kat Cafe Kerabu Maggi & Teh Asam Pedas Belangan Bonda ni.

Nasib baik tengahari tu tak ramai, jadi boleh lah umi teruskan niat umi nak makan kat sini.

Jom tengok apa yang best menu yang umi order untuk makan tengahari tu.Memandangkan lunch hour kan, mestilah menjamah nasi.Ikutkan umi nak makan kerabu maggi dia, tapi fikir nanti terbayang-bayang pulak nasi.Lagi satu umi haruslah nak mencuba Asam Pedas Belanga bonda.Nampak meja sebelah tu order, macam sedap je.Nampak pekat kuah asam pedas tu..So.. moh ler kita order

Untuk minuman umi order Lime Green Tea dan Ogy iaitu partner makan umi tengahari tu order Pink Milk..Nama pun menarik kan?

kerabu maggi & teh thailand ft asam pedas bonda

Dan untuk makanan pulak umi order KangPow Chicken Rice. Teringat kat Restoran Johnny’s pulak.. Bila pergi ke Aeon Tebrau, port makan umi dengan babah adalah di sana sebab semua sedap-sedap belaka tau.Umi suka tomyam mereka..Memang best.

kerabu maggi & teh thailand ft asam pedas bonda

Untuk Ogy pulak dia pilih KraPow Seafood Rice. Seafood memang tak kedekut tau.Banyak dan puas hati. 

Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda

Untuk tambahan, haruslah umi order Asam Pedas Ikan Mayong.Dapat hirup kuah asam pedas ni memang masyuk.Terus cakap kat ogy, ni kalau ada roti memang sedap dok cicah..Hamboii umi..Kemain semangat bab makan kan.Itu kalau berselera..Kalau tak berselera, umi ko makan breakfast je.Sampai ler ke petang..

Nah..umi jamu gambar Asam Pedas Ikan Mayong yang sedap ni.Sampai habis umi hirup kuah tu.Tak taulah samada masa tu umi sedang lapar sangat atau memang kuah tu sedap..heheheh..Tapi sedap tau..

Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda

Itu jelah yang kami order untuk tengahari tu.Ikutkan tekak ni macam-macam nak makan.Tapi kang membazir pulak kalau tak habis.Next time mybe umi nak repeat makan kat sini.

Kat Cafe ni banyak tau kerabu yang korang boleh cuba.Boleh Cuba Kerabu Maggi, Kerabu bihun, Kerabu luak dan sebagainya.Selain tu ada jugak Ayam goreng, siakap goreng,Siakap Steamed dan lain-lain lagi..

Kalau korang taknak makan nasi boleh je makan makanan seperti Chicken wing, cheesy fries, cheesy wedges and pulut mangga.

Minuman kat sini pun menarik jugak.

Oh ya..berita baik untuk mereka yang tinggal berdekatan, Cafe Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda ni pun ada penghantaran ke rumah tau.Wah..best kan…Mesti korang suka yang boleh hantar ke rumah ni.

Kalau korang nak tau lebih details tentang penghantaran dan juga menu special dari cafe ni boleh la korang terus ke page mereka seperti di bawah ni ye.

 

Kerabu Maggi & Teh Thailand ft Asam Pedas Belanga Bonda Pasir Gudang

Dibuka dari jam 12.00 tengahari sehingga 9 malam

call : 014- 276 7304

Alamat :

No.3 Jalan Cendana 1

Taman Cendana

81700 Pasir Gudang 

Johor

Loading

3 Comments

  1. KraPow seafood tu cam sedap je. Air teh thailand confirm sedap punya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *