Makan di Ikan bakar & celup2 D’bakau di Kongkong Masai D’Bakau Camp & Chalet.Suka suasana malam kat sana.Tapi kena tahanlah sebab banyak nyamuk.
Masa baru-baru boleh dine ini tu, umi ajak bebudak ni makan di Celup tepung kongkong laut tu.Kiranya tak jauh la dari rumah.Memang dah lama aim nak makan malam kat situ tapi disebabkan PKP kan, tertangguh la jugak.Mulanya nak makan kat Kongkong Chalet Terapung, tapi memandangkan babah malas nak naik bot, jadi kita makan jelah celup-celup tepung.
Menu untuk celup tepung tu taklah begitu banyak, mungkin disebabkan diorang baru nak beroperasi kot. tu yang tak banyak pilihan.Tapi bestnya ada makanan lain yang kita boleh pilih iaitu Yong Taufu dan juga nasi goreng.
So, petang tu bergerak lah umi dengan babah ke sana bawak bebudak ni makan tepi laut.Actually bukan laut pun kan.Mungkin dipanggil muara ke, entahlah.
Tapi umi suka suasana kat situ nak-nak bila malam.Tapi tulah, tak tahan sebab banyak nyamuk.Rupnya kat D’Bakau Camp & Chalet ni boleh disewa..Haha..Sebab nampak chalet dia tak begitu banyak pun.Mybe dalam 3 chalet je kot tak silap umi.
Takpelah, kita datang makan je cukuplah.Lagi pun bukannya jauh pun rumah dengan tempat tu.
Ni pintu masuk nak ke ikan bakar dan celup tepung di kong kong masai.Masa umi pegi tu ramai jugaklah orang, nak cari parking insyallah tak susah.Kat tepi-tepi tu pun boleh parking tapi tak surelah selamat ke tidak.Better cari tempat kereta di parking yang disediakan.Lagi selamat.
Oh ya, sebelum nak dine in tu pastikanlah dah complete dua dos.Kita jaga kita ye.
Masa masuk tu korang dah nampak dah stall jual-jualan.Walaupun tak banyak, tapi meriah ui..
Ni antara stall pertama yang korang akan nampak masa masuk ke situ.Boleh la korang order yong tau foo dan menu lain lagi.Banyak lagi menu selain yong tau foo..
Selepas tu korang nampak stall celup tepung dan juga nasi goreng ni.Dia bersebelahan je.Rasa owner yang sama jugak kot.
Makan di Celup Tepung Ikan Bakar Dan Young Tau Fu di Kongkong Masai
Ni menu celup tepung mereka hari tu.Ada ketam, udang, cendawan dan juga ikan.So, umi amik cendawan dan juga ketam je.
Dan dibawah ni menu yang umi order.Oh ya, minuman stall yang lain.Jadi boleh terus order kat stall sebelum korang duduk la.gituuuu
Masa ni nasi goreng tak sampai lagi.Umi order 3 nasi goreng mengikut tahap kepedasan.Kang kalau semua pedas mau tak terluak nasi tu kang.Oh ya umi order jugak sotong kangkung tu.Macam tak cukup ternak lemak.hahah…Lemak la sangat.
Ada orang kata umi kurus, bertuah la dapat kurus.Tapi tak tau kurus tu bukan sebab sihat pun.Umi ada cerita kat entru ni kenapa umi kurus Tapi umi senyum la sambil aminkan diorang kata umi sihat.Lama dah tak timbang.Last timbang 53kg.Ni dah duduk rumah tak taulah berat tu bertambah lagi berapa.
Jadi takpe, kita makanlah banyak sikit sebab umi dari tengahari memang tak makan.Memang lately ni payah betul nak makan banyak.Lepas tu mulalah badan rasa nak melayang la, itulah, inilah.
Nasi goreng dah sampai.Meriah kan dengan udang dan sotongnya tu.Rasa pun not bad.Umi makan yang pedas.Sebab bagi umi nasi goreng ni kalau tak pedas memang tak sedap kan.Jadi ambil yang pedas baru umph!!
Pemandangan di waktu malam dengan lampu-lampu neon menyinari sekeliling.eceh…ada tempat ootd yang cantik kat sini, tapi umi malas nak pegi sebab ada monyet.Kang tak pasal-pasal kena ngap dengan monyet.
Jadi lepas puas lepak-lepak kat situ, moh ler balik rumah.
So, korang yang berdekatan boleh la datang kat sini Makan di Ikan bakar & celup2 D’bakau nibawa anak-anak dan keluarga.Dapat berkumpul ramai-ramai syok kan?
Boleh follow page diorang di Ikan Bakar & Celup2 D’Bakau
Aku dah dua kali pergi sini tapi tak duduk makan, masuk je orang ramai, tapi tu sebelum PKP laa, now belum ada jengah, nak gi laa..