Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai | Makan-makan sebelum PKPD bermula lagi.Tapi umi baru nak up cerita ni dalam tempoh PKPD.Tapi takpe, kalau korang nak rasa steamboat yang ada di Farhana Steamboat Corner Kota Masai ni boleh je.Janji patuhi SOP ye.

Rentetan dari cerita sambut birthday adik di Bucida Steamboat hari tu, tak puas lagi nak makan steamboat.Babah tanya umi mana tempat makan steamboat di Kota Masai ni ?.

Memandangkan nak makan malam di hari bekerja, jadi umi cari yang terdekat sahaja dari rumah.takdelah banyak masa terluang di jalan.Cari yang dekat je dengan rumah.

Terperasan satu kedai corner yang menyediakan makanan steamboat iaitu Farhana Steamboat Corner Kota Masai.Tempat yang luas dan mudah sangat nak parking.

Kedai baru je bukak rasanya dalam 2 bulan lepas.Kalau tak silap umi lah kan.So, umi try la makan kat sini memandangkan harga pun boleh tahan juga.Jadi si bongsu tu pun tak kerja, angkut sekali dia makan.

Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

Tempat luas bukan hanya di luar je, malah dalam pun ada tempat duduk tau.Dah nama pun corner lot kan, of course luas.

So, umi park kat dalam supaya senang sikit nak ambil makanan.Lagi satu kat dalam tak ramai orang.Walaupun tak terlalu banyak pilihan, tetapi sentiasa di top up penuh menu yang ada.

Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

 

Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

 

Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

Ada lagi yang umi tak snap di atas tu, ada juga goreng-goreng seperti nasi goreng, mee goreng dan jenis-jenis lain lagi.Sambal dia pun pelbagai.Dan juga ada disediakan aiskrim malaysia dan aiskrim lain.

Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

Ni yang umi malas nak cerita pasal bab makan ni, time dok menaip rasa terliur je nak makan steamboat ni..

Lepas tu mula terliur pulak fikir pasal oden..Apo kono eh umi ni hah.

Si dak Naura ngan dak fiyah confirmlah ambil makanan kegemaran diorang je.Part paling best asyik dok ulang alik tempat aiskrim je.

Sabau je ler umi nko ni.Nasib baik habis.Kalau tak habis ,umi jugak jadi tong sampah.

Beria nak makan itu ini, bila dah ready makannya sikit.

Yang dua orang tu busy makan aiskrim.Jadi orang besau-besau je ler yang bergambo..hahaha.

So, korang yang ada di sekitar Pasir Gudang bolehlah datang menikmati Steamboat di sini.

HARGA :

Dewasa(16 tahun keatas) : RM20

Kanak-kanak (6-15 tahun) : RM10.00

Warga Emas (60 ke atas) :RM12.00

OKU : RM10.00

Alamat 

Steamboat Farhana Corner Kota Masai

No 27A Jalan Ecoperniagaan 9

Ecoworld Taman Kota Masai

81700 Johor Bahru

Johor

 

 

Loading

5 Comments

  1. Sedapnya dapat makan steamboat. Banyak juga pilihan seafood yang ada. Banyak pulak tu kuantiti dia kan. Harga pun berbaloi sangat.

  2. Haritu lalu dah nampak, next time laaa tunggu adik-adik datang makan sini…

  3. Sedapnya nampak, mesti seronok makan2 dengan orang tersayang ?

  4. Ada tempat solat tak area situ yg boleh pergi jalan kaki? Tq?

  5. Author

    kalau jalan kaki takde rasanya..Saya pun tak sure kat situ ada ruangan solat ke tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *