buffet lunch gbw hote

MAKAN BUFFET LUNCH SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL

MAKAN BUFFET LUNCH SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL | Lama tak bawa anak-anak dan keluarga makan kat luar.Hari minggu hari ni umi booking siap-siap untuk buffet lunch.

Disebabkan petang tu kitorang ada nak pergi tempat lain, tu yang umi booking untuk makan tengahari kat GBW Hotel.Umi suka kalau makan tengahari yang buffet macam ni.Senang anak-anak nak pilih menu makanan yang diorang nak.

Bayar sekali dan makanlah banyak mana korang nak makan.Alah bebudak ni pun bukan makan banyak mana sangat.Yang dia tuju nak makan aiskrim, spaghetti dan adalah lauk yang diorang suka kat hotel ni.

MAKAN BUFFET LUNCH SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL

Murah je kan RM35 untuk di makan di hotel.Bagi umi sangat berbaloilah.Tempat yang selesa, menu yang banyak dan yang penting sedap.

Umi setiap tahun tak pernah ketinggalan untuk merasai buffet ramadhan kat sini.Kalau berkesempatan mesti umi akan datang.Untuk yang nak berhitea pun ada tau.Nantilah umi share ye cerita tentang Hi-Tea kat sini.

Oklah, jom umi jamu sedikit gambar menu-menu yang umi ambil masa tu.Kalau nak tengok banyak lagi gambar menu lunch kat GBW Hotel ni boleh ke page umi kat bawah ni.Dari main course sampailah ke dessert umi ada letakkan gambar ye.

Kalau korang tengok menu-menu lunch dia nampak sedap, tapi memang sedap pun..hahaha

MAKAN BUFFET LUNCH SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL

Menu nasi ayam dia sedap.Anak-anak suka makan nasi ayam sebab nasi dia tak terlalu kering.

Aneka salad dan juga rojak buah.Umi suka dengan petis yang dia hidangkan.Tak manis dan tak masin.Memang sesedap rasa.

Aneka jenis dessert yang disediakan.Untuk dessert dan menu lain dia akan bertukar setiap hari.Jadi takdelah korang bosan kalau dah selalu sangat makan kan.

MAKAN BUFFET LUNCH SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL

Dua ketul Nur ni dok asyik ambil aiskrim je.Pegi balik pegi balik itu je yang dia ambil.sabau jelah umi.

Meh tengok menu lain yang umi letak di page kat bawah ni

Oklah, umi taknak cakap banyak pasal buffet lunch ni.Korang tengoklah gambar-gambar yang umi hidangkan untuk korang.

Cecepat booking sebab selalunya penuh je setiap hari.Untuk mengelakkan korang dari menyesal, make sure tau booking dulu.

HARGA
Masa : ??.?? ?/???? – ?.?????
Harga : ? ????.?????? / ??????
?‍? ????.?????? / ?????-????? ??? ????? ????
 
Promosi sah sehingga 31 Oktober 2022
** ???????? ???? ?????????? **
Untuk tempahan, sila hubungi kami :
? Mr. Syahmi : +6016 710 0048
?
Ms. Aiza : +6016 723 3558
? Ms. Urfa : +6016 710 0073
* ????????? ???? ????? & ??????

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *