Majlis Pertunangan Adik di Kuala Terengganu

Majlis Pertunangan Adik di Kuala Terengganu | Bila gaknya nak habis cerita pasal raya umi pun tak tau.Akan umi usahakan demi nak abadikan ianya di dalam blog.Buat kenangan.

 

Busy sungguh umi sampai tak sempat nak bercerita pasal Majlis pertunangan adik umi yang ke 7 tu.Insyallah kalau takde apa aral, tahun hadapan kahwinlah dia.Moga kekal hingga ke jinjang pelamin hendaknya.

Kalau korang ada baca cerita pasal Throwback Cerita Pasal Raya dan kisah umi MENGINAP DI MAJU HOMESTAY KUALA TERENGGANU, Maka inilah kesinambungan pada cerita tu.Banyak nau kisah dok sambung-sambung.Yelah, kang kalau satu entry je buat cerita tu semua, mau jadi cerpen pulak kan.

So, adik lelaki umi ni jumpa dengan tunang dia masa dia belajar di UTM Chendering.Tak sangka sampai berlanjutan menjadi tunangan.Dah jodoh kan.Pertunangan tu memang kami dah decide nak buat raya ketiga.Ikutkan permintaan belah perempuan seminggu selepas hari raya.Memandangkan kami-kami ni bila dah naik raya, dah tak dapat nak bercuti la lagi.kesian pulak kang adik tu pergi dengan mak je.

 

Bila hari raya kedua tu kitorang dah boleh ke sana.Lepak homestay dua hari kat sana best gak.Dapatlah hilangkan penat drive jauh-jauh.

So, hari raya ketiga, selepas solat jumaat kami dah bergerak ke rumah Yana, iaitu tunang adik umi yang bernama Anas.Kami ni terkejut la kejap sebab ingatkan majlis biashe-biashe je.

Rupanya luar biasa bila tengok ramai orang dan siap pasang balai lagi.uih…Dasat awak..Yelah..mybe Yana tu anak perempuan sorang kan.Saudara mara ramai.Pulak tu hari raya..

Alhamdulillah..umi bakal mendapat adik ipar dari Pantai timur lagi.Moga lagi meriah la keluarga umi.Yang kakak ipar kami dari Pantai Timur tu pun mulut dah cukup meriah..hahahah…Kalau balik tu, takde dia macam tak best..Pandai bercakap, pandai masak, semua pandai…kah²..Shopping pun pandai gak…Harap dia baca…ahaha.

tak tau mana satu kamera yang nak dipandang.Buat kenangan bersama dengan bakal adik ipar kita,Sikit je lagi nak jadi Ahli keluarga Makzai yang kecoh.Sila bersedia…hahah

Kalau belah kita, wakilnya lelaki iaitu abang umi sendiri, belah Yana adalah Jiran dia perempuan.Penuh sopan santun okeh!!

Dengan rasminya dah jadi tunangan orang.Kemahin happy mak zai dapat bakal menantu comey…

5 Hantaran berbalas 7.Memang ikutkan taknak ada hantaran sebab nak sekali terus masa nikah..Tapi mak kata tak elok pulak..Jadi syarat je dengan 5 ni hah…

Tetiba seronok tengok adat orang.Yelah..Kami adik beradik je yang datang.Jadi urusan tawar menawar tu jadi seronok pulak walau kami berlainan Negeri.Kami tetap Umat dia Kan…Di jamu dengan makanan yang sedap² oleh tuan rumah.Rasa taknak balik pulak.

 

Alhamdulillah…Semuanya berjalan dengan lancar sebelum kitorang bertolak balik petang tu.Tapi kami tak terus balik ke Homestay.Kami ke satu tempat yang tak jauh dari rumah yana.

 

Nanti umi cerita lagi apa tempat menarik yang umi pergi tu kang.

 

Selamat Bertunang Mamat dan Yana 🙂 

 

Loading

2 Comments

  1. bakal dapat adik ipar orang ganu la ni..tahniah eda…selatan bertemu pantai timur……..kalau dh jodoh tak ke mana..gitchuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *