Lunch Date di Richiamo Coffee Kota Masai

Lunch Date di Richiamo Coffee Kota Masai | Lama peram cerita dating sempena 9 tahun anniversary umi dengan babah.

Kalau ikutkan nak bawak anak-anak sekali makan, tapi memandangkan Johor PKP masa tu, dan hanya 2 orang je boleh makan untuk satu meja.Jadi memang peluang la untuk umi berdating dengan babah.

Tak kemana pun masa tu, cuma keluar makan-makan di cafe baru bukak di Eco perniagaan Kota Masai tu.

Memang dah aim lama nak makan kat sini sebab umi suka tengok decorasi dan bahagian depan restoran ni.Hanya guna putih hitam sahaja.Eh..yeke..hahaha..tak ingat.Ape-ape jelah kan.Terus baca entry Lunch Date di Richiamo Coffee Kota Masai

Tengok dessert dan segala jenis roti dia tu memang menyelerakan.So. umi yang decide nak makan kat sini.

Umi teringin la nak minum kopi dia tu.Ingatkan nak minum hot coffee dia, tapi disebabkan panas terik, jadi kita order yang sejuk.Umi tak ingat sebenarnya nama minuman yang umi minum tu.Rasanya ada hazelnut kot.Tak ingat.

First babah suruh order satu slice kek untuk kitorang.So, umi pilih red velvet .nice jugak rasanya.

richiamo coffee kota masai

Dan untuk makan tengahari tu, umi order spaghetti carbonara dan babah order nasi dan kari kambing tak silap umi.

 Richiamo Coffee Kota Masai

Umi biasalah tekak western sikit kan..hahaha…Cuma kari kambing tu agak masin la.Tapi sedap.

Nak je order roti dia, tapi dah kenyang.So, umi tapau lah untuk anak-anak.Jadi umi boleh ngecek sikit kan.

 

Baca juga : Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea

Tu yang rasa nak pi repeat makan lagi sambil chill out. Nak pi lepak dengan kawan-kawan pun best jugak weh..

Kotlah korang datang ke Pasir Gudang ni, nak jalan-jalan, boleh lah menyinggah di Richiamo Coffee ni.

Banyak dah kedai makan dibuka di Eco Perniagaan Kota Masai ni.Banyak belum umi cuba..Nanti boleh cuba tempat lain pulak..YEah!!

RICHIAMO COFFEE PASIR GUDANG

10A & 10B, Jalan Eko Perniagaan 12, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Boleh search socmd mereka di

Facebook : https://www.facebook.com/richiamo.ecotropics

Instagram : https://www.instagram.com/richiamo.ecotropics/

Related Posts

2 thoughts on “Lunch Date di Richiamo Coffee Kota Masai

  1. kari kambing tu tak nampak macam kari kambing la. tapi nampak menyelerakan. ada juga perasan kawan-kawan ramai update dah pernah makan kat sini. nampak tenang je kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *