Luluh hati nenek

Assalamualaikum

Mersing: Kegembiraan tiga remaja bersaudara dari FELDA Tenggaroh 5, dekat sini, keluar memancing berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas di Sungai Ambat, di sini, kelmarin.

>>>. Harian Metro <<<
Luluh hati nenek dan juga 2 orang ibu apabila anak mereka meninggalkan mereka dalam keadaan seperti itu..
Kalau korang baca metro hari ini , menceritakan seorang nenek dan 2 orang ibu yang kehilangan ahli keluarga mereka..
Kesedihan semalam x dapat aku nak ungkapkan walaupun aku tidak terlalu rapat dengan arwah.
Kedua-dua arwah itu adlah sepupu aku..Cuma aku rapat dengan ibu dan nenek arwah..
Berita kematian arwah memang lambat kami terima,dalam pukul 11 lebih kot..kebetulan saudara mara masa tu dalam perjalanan ke rumah pakcik aku yg bongsu kt sg mas.
Dapat berita tu,kami semua terus ke tenggaroh.mybe keluarga toksu xsempat nak bgtau pada kami semua..Yelah..dalam keadaan kelam kabut macam tu..pasti ada yang terlupa..
Apa pun,arwah selamat dikebumikan selepas zohor..
Pada kak yanti dan ira,korang tabah la menghadapi dugaan ini.Mungkin Allah lebih menyayangi mereka.
Kesian sangat pada toksu,sedih tengok die asyik menangis..
Moga diberi kekuatan untuk mereka sekeluarga..
Dan Moga Allah tempatkan Arwah di kalangan orang yang soleh. insyallah..amin

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *