Lontong Berkuah Menu Sarapan Pagi Kami

Lontong Berkuah Menu Sarapan Pagi Kami | Hari tak bekerja ni memang teringin nak buat tu dan ini.Dari malam tadi dah prepare untuk sarapan pagi ni.

Actually umi kalau plan nak buat sarapan untuk esok, check dulu bahan tu ada ke tidak.Malam tadi macam teringin nak buat lontong kuah, jadi umi dah sesiap beli bahan dari kedai dekat dengan rumah lepas balik kerja.Malam prepare bahan siap-siap macam potong-potong sayur, ready semua bahan yang nak guna esok pagi, letak dalam peti ais.

Esok pagi bangun, dah boleh keluarkan bahan dan prepare nak masak.Ingatkan lepas solat subuh nak ke dapur, tapi tulah kan, dok terbaring dengan budak-budak ni, 7.00 baru masuk dapur.Kelentang kelentung, sebelum pukul 8 dah siap.

Takde sedia apa pun, umi jusr prepare kuah lodeh dengan sambal tumis je.Telur rebus umi dah siap-siap rebus malam semalam lagi.sekali rebus ketupat segera tu je hah.

Lengkap la tu kan menu lontong kita, selesai membaham pepagi tadi.Buat kuah lodeh mudah je korang.Tak ler susah mana pun.Tapi kalau korang tak tau jugak, boleh follow resepi Che Nom.Apa yang ada kat dapur tu umi campak jelah.Janji ada udang kering.Itulah yang utama.Kalau takde macam masak lemak biasa la pulak kan?

RESEPI KUAH LODEH CARA CHE NOM

Bahan-Bahan:

  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 500 gram udang
  • 1 kotak santan segera
  • ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
  • 1 batang karot, potong panjang
  • 7-8 batang kacang panjang, potong
  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 bungkus tempe, potong kiub
  • 3 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam suun
  • 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
  • sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 2 inci kunyit hidup
    • ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
    • 1 inci halia
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
  • Bahan untuk dihidang bersama:
    • nasi impit, rebus
    • telur, rebus
    • tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
    • ikan bilis kecil, goreng (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.

Tips dari Che Nom, pastikan korang guna kunyit hidup..baru aroma kuah lodeh ni menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.

Ni kalau ada sambal kacang, memang kena la sangat.Tapi umi buat sambal tumis ikan bilis jelah pepagi ni.Tu pun dah cukup dah.

Budak sorang ni tak sempat mandi lagi dia dah kata lapar.Anak umi yang sorang ni memang kuat makan sikit.Jadi umi tak kisah kalau dia nak makan benda-benda macam ni.Jangan nak makan jajan lebih sudah..memang tak ler umi nak bagi lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *