LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN KE 65 TAHUN 2022

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN KE 65 TAHUN 2022

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN KE 65 TAHUN 2022 | Esok sekali lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 untuk tahun 2022.

Logo dan Tema hari kebangsaan ke 65 tahun 2022 ini adalah KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA.

Logo Hari Kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1976 iaitu 19 tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.

 

Setiap tahun akan mempunyai logo dan tema yang berlainan bagi menyemarakkan hari Kemerdekaan yang dirai.Ia bersempena dengan erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini dalam membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.

Hari Kebangsaan di Malaysia merupakan antara sambutan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Ini adalah kerana tidak seperti sebilangan negara lain, Kerajaan Malaysia melihat logo sebagai salah satu elemen penting yang dapat mengajak rakyat bersatu padu, bersyukur dan menjiwai erti kemerdekaan.

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2022

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 ialah ” Keluarga Malaysia Teguh Bersama.Tema ini dipilih selari dengan konsep keharmonian keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPR Annuar Haji Musa.

logo hari merdeka yang ke56 tahun

Logo hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan jalur liputan internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitilan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Logo hari Kebanfsaan ini juga melambangkan kebersamaam komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

TEMA HARI KEBANGSAAN 2022 DAN HARI MALAYSIA

Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini dipilih sebagai tema hari kebangsaan 2022 selari dengan konsep keharmonian keluarga Malaysia.

  • KELUARGA MALAYSIA : Merujuk kepada masyarakat yang hidup amanb dan damai, bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
  • TEGUH : Ia membawa maksud kepada kukuh, kuat dan erat
  • BERSAMA: Membawa maksud bersama-sama berserta atau bergandingan

KONSEP LOGO HARI KEBANGSAAN 2022

logo hari merdeka yang ke56 tahun

>LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET

Melambangkan pembangunan insfrastruktur,sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

>TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING

Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

>TITIK MERAH

Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan Negara berdaulat dan berwawasan.

>KEDUDUKAN YANG BERSELANG SELI

Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Layari website mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang tema, logo dan aktiviti sepanjang bulan kebangsaan di www.merdeka360.my

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *