LIRIK LAGU MALAM SEMAKIN DINGIN- TAJUL & AFIEQ SHAZWAN

LIRIK LAGU MALAM SEMAKIN DINGIN- TAJUL & AFIEQ SHAZWAN | Lagu lama yang dinyanyikan oleh dua penyanyi dan adik kepada penyanyi ini sendiri iaitu Tajul

Membesar dengan lagu achik menggamit kenangan betul kan? Masa tu umi rasa umi masih belajar lagi kot.

LIRIK LAGU MALAM SEMAKIN DINGIN- TAJUL & AFIEQ SHAZWAN

Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

(*)
Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

(chorus)
Kau rahsiakan kedinginan
Menyelimuti hati
Aku juga kedinginan
Kerana sikapmu itu

Walaupun setebal mana
Selimut membaluti
Aku masih kedinginan
Sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu

(repeat *)
Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini

Andainya ku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua (x3)

 

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.